Oleh A Kadir Jasin
Nakal (naughty), kata Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri
Mohd Najib Abdul Razak. Jangan ulangi lagi [don't repeat it], kata
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dengan itu
nampaknya, sepanjang mengenai dua pemimpin tertinggi kita, selesailah
isu fitnah dan hasutan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew terhadap
negara kita.
Kuan Yew tidak mohon maaf. Tetapi ini tidak menghalang sesetengah
komponen media massa arus perdana kita memutar-belitkan fakta untuk
memberi gambaran bahawa dia memohon maaf.
He did not apologise. Dia tidak meminta maaf. Dia sekadar berkata: "I
am sorry" (saya dukacita) kerana kenyataannya telah menyebabkan
"discomfort" – ketidakselesaan – kepada Perdana Menteri kita.
Mana surat PM kita?
Oleh sebab Perdana Menteri kita tidak menghebahkan kandungan suratnya
kepada Kuan Yew, jadi kita tidak tahu istilah siapakah "discomfort"
itu. Adalah ia istilah Kuan Yew atau Menteri Mentor Singapura itu
sekadar mengulang pakai sentimen Perdana Menteri kita.
Setelah membaca surat Kuan Yew kepada Abdullah yang "di
carbon-copykan" kepada kita melalui media massa kita, rasanya teringin
pula hendak membaca surat Perdana Menteri kita kepada Kuan Yew. Itu
pun kalau boleh.
Dalam suratnya, Kuan Yew sekadar berkata: "I am sorry that what I said
has caused you a great deal of discomfort."
Dalam bahasa yang mudah, Lee sekadar menganggap Perdana Menteri kita
mengalami rasa kurang selesa amat sangat, lebih kurang macam orang
yang perutnya meragam kerana terlalu banyak makan waktu berbuka puasa.
Atau orang yang rasa mahu buang air, tak kira kecil atau besar, ketika
kenderaannya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas Bandar Raya Kuala
Lumpur selepas hujan lebat.
Tidak tarik tuduhan pun
Bukan sahaja Kuan Yee yang nakal (naughty) itu tidak memohon maaf
(apologise) kerana menuduh Malaysia meminggirkan rakyat keturunan
Cinanya, malah dia tidak pun menarik balik tuduhan itu.
Sebaliknya dia mengambil kesempatan mempertahankan kenyataannya dan
membuat tuduhan baru, termasuk terhadap bekas Perdana Menteri kita,
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jadi sepanjang mengenai Kuan Yew, dia tetap mempertahankan
kenyataannya bahawa Malaysia secara sistematik meminggirkan orang Cina
dan menuduh Malaysia membuat kenyataan yang serupa mengenai kaum
minoriti di Singapura.
Kata Kuan Yew: "I had no intention to meddle in your politics. Indeed,
I do not have the power to influence Malaysia's politics or to incite
the feelings of the Chinese in Malaysia."
Aduhai, bodohnya kita jikalau kita termakan kata-kata manis dan
putar-belit bekas pemimpin kuku besi Singapura itu.
Tidak berhasrat campur tangan dalam politik negara kita? Rupa-rupanya
Kuan Yew juga amat peka mengenai niat dan hasrat. Abdullah pernah
ditajuk-beritakan sebagai berkata: "Jangan Pertikai Niat Ikhlas Saya."
Berniat atau tidak, kenyataan fitnah Kuan Yew itu bukan sahaja
mencetuskan rasa marah rakyat Malaysia, malah telah menyebabkan mereka
bertelingkah antara satu sama lain.
Kalau itu bukan campur tangan, apakah muslihat Kuan Yew? Hakikatnya
dia bukan sahaja campur tangan dalam hal ehwal negara kita, malah
telah menghasut (incite) orang Cina Malaysia sehingga ada di antara
mereka yang secara terbuka mengkritik negara mereka sendiri dan
memihak kepada Kuan Yew.
Atas perbuatan jahat itu, Kuan Yew hanya dianggap "naughty" (nakal)
dan dimarahi dengan kata-kata "jangan ulangi lagi."
Alangkah gembiranya kita kalaulah kita Kuan Yew. Kita boleh memfitnah
sebuah negara berdaulat dan kita hanya dianggap nakal dan diberi
amaran jangan mengulanginya lagi.
Dokumen rasmi
Kuan Yew membuat kenyataan di negaranya dan disiarkan oleh media massa
dunia. Apa yang beliau hujahkan bukan dokumen rasmi. Ia sekadar
laporan akhbar. Tetapi apabila Perdana Menteri kita menulis surat
kepada Kuan Yew meminta beliau memberi penjelasan, surat beliau adalah
dokumen rasmi.
Kuan Yew menjawab surat Perdana Menteri kita. Surat Kuan Yew itu
adalah dokumen rasmi. Perdana Menteri kita tidak berkongsi suratnya
dengan kita. Kuan Yew berkongsi suratnya dengan kita dan dengan dunia.
Ini macam cerita budak jahat buat fitnah mengenai anak cucu kita.
Budak jahat tak kena apa-apa, anak cucu kita yang bergaduh sama
sendiri, diherdik dan dirotan.
Aduhai, seronoknya jadi Kuan Yew. Walaupun sudah 16 tahun tidak
menjadi Perdana Menteri dia masih dilayan sebagai orang terpenting di
Singapura.
Andainya tidak, masakan Ketua Kerajaan sebuah negara dengan 24 juta
penduduk, tergesa-gesa menulis surat kepada beliau yang hanya "guru"
(mentor) kepada sebuah negara kecil dengan penduduk seramai 4.02 juta?
Respons terus kepada LKY
Atau seperti kata pembahas "shar101": "Since LKY 'wrote' to all of us,
shall we not reply to him?"
I think we should. We should tell him that his statement was malicious
and he should apologise for meddling in our affairs.
We should also tell him to concentrate on taking care of his compliant
4.02 million countrymen and women, 77 per cent of whom are Chinese, 14
Malays and 7.6 per cent Indians instead of instigating our people.
--
No comments:
Post a Comment