Date:

Kedudukan Malaysia semakin teruk dalam persepsi rasuah

Oleh Royce Cheah

Ekonomi Malaysia dilihat oleh ahli perniagaan asing sebagai lebih korup tahun ini berbanding tahun lepas. Perkara tersebut menurut survey tahunan yang dijalankan oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong. Keputusan survey yang dikeluarkan kelmarin menunjukkan 1,476 eksekutif perniagaan expatriate di 13 buah negara dan wilayah di rantau ini dalam bulan Januari dan Februari.

Dalam sistem gred tersebut, sifar sebagai skor yang terbaik dan 10 yang paling teruk, Malaysia di tangga ketujuh dengan skor 6.25. Apabila dihubungi di Hong Kong, pengarah urusan PERC Robert Broadfoot berkata ia adalah penurunan daripada 2006 di mana Malaysia mendapat 6.13 walaupun ia lebih baik daripada skor 2005 iaitu 6.80. “Indeks persepsi korupsi ini ialah suatu yang kami telah lakukan lebih 20 tahun dan walaupun persepsi dan realiti adalah dua perkara berbeza, apabila ia berkaitan korupsi, ia menjadi sangat penting,” katanya.

“Syarikat-syarikat kebiasaannya berpandukan persepsi dan bukan realiti, membuat keputusan pelaburan mereka. Jika syarikat-syarikat mengandaikan situasi di negara tertentu sukar untuk berurusan, dengan itu ia bertentangan dengan usaha pelaburan yang akan dibuat dan keputusan untuk melabur,” katanya.

Broadfoot menambah bahawa responden termasuk para pengurus syarikat-syarikat multi-national dan bank-bank. Ekonomi paling korup menurut survey tersebut ialah Filipina dengan skor 9.40, diikuti Thailand dan Indonesia, kedua-duanya berkongsi skor 8.03. Skor Malaysia membimbangkan presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Tan Sri Ramon Navaratnam walaupun katanya survey persepsi tidak sempurna.

“Walau bagaimanapun, ia adalah petanda paling baik bagaimana orang ramai berfikir dan penilaian mereka terhadap keadaan korupsi di mana-mana negara,” katanya. “Saya tidak akan menolaknya dengan mudah sebagai hanya persepsi kerana persepsi yang konsisten mencerminkan realiti,” tambahnya. Navaratnam berkata dia dapati kajian persepsi seperti ini, sukar difahami jika Malaysia diletakkan seteruk China. “Ini membuatkan ia lebih penting mengapa Malaysia perlu ada indeks korupsinya sendiri yang dicipta oleh warga Malaysia. Dengan itu, kita mampu lakukan perbandingan dari tahun ke tahun.”

Navaratnam berharap kerajaan akan memberi perhatian yang lebih kepada indeks persepsi TI-M, yang TI-M harap dapat diperbaiki dengan berunding dengan semua pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Katanya, laporan yang bertalu-talu mengenai persepsi korupsi yang teruk menggugat faktor rasa selesa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia.

No comments: