Date:

Pelaburan internet: Malaysia di tangga teratas dunia!

Harakahdaily
Begitu terdesakkah para penduduk di negara ini? Atau akibat terhimpit dengan tekanan hidup yang makin mencengkam maka sebagai jalan mudah, segala ruang pelaburan tanpa mengkaji halal dan haramnya turut disertai secara sembrono?

Image Mungkinkah atas pengaruh pengiklanan laman-laman web sebegini menyebabkan rata-rata rakyat Malaysia menceburi bidang pelaburan secara online? Mungkinkah juga, akibat dipengaruhi dengan gaya hidup mewah para pengusaha awal pelabur-pelabur internet, maka menyebabkan ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba nasib?

Namun, walau apa pun alasannya, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam tetap mengharamkannya sebagai antara perniagaan yang melanggar hukum syarak.

Image Dan jika dilihat pula daripada analisa yang dihasilkan oleh alexa.com menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang teratas dalam senarai penglibatan rakyatnya dalam pelaburan internet jika dibandingkan negara-negara lain di dunia.

Statistik alexa mendapati Malaysia menduduki tempat tertinggi dengan jumlah lebih 90 peratus bagi pelaburan internet seperti Abfund.us, Empay, Buy ebarrels, Eaindex.com manakala bagi Swisscash.net berada dalam sekitar 60 peratus.

Image Sementara itu, hanya 10 peratus di kalangan pelabur internet seluruh dunia adalah terdiri daripada kalangan rakyat Singapura yang dikenali sebagai negara yang mantap ekonominya di Asia Tengara.

Bagi produk EmPay dan ebarrels, jumlah penglibatan rakyat Amerika Syarikat tidak sampai pun 1 peratus.

Kajian ini menimbulkan persoalan sama ada kebijaksanaan rakyat negara yang lebih arif dalam bidang ekonomi berbanding negara lain, jurang kemiskinan dan himpitan beban hidup yang tinggi atau rakyat Malaysia mudah ditipu walaupun didakwa pelaburan-pelaburan tersebut yang 'dilahirkan' di negara lain sedangkan di negara 'kelahiran' pelaburan-pelaburan tersebut tidak mendapat tempat di hati rakyatnya. - mks .

No comments: