Oleh Sa'odah Elias
mStar online
Ahli Umno di peringkat akar umbi kini semakin tidak mempedulikan kenyataan dan kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan dan kepemimpinan parti.
Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keadaan sekarang telah jauh berubah berbanding ketika Dr Mahathir mula-mula membuka mulut mengkritik kerajaan dan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pertengahan tahun lalu.
"Sekarang sudah banyak perubahan dibandingkan sebelum mesyuarat bahagian Umno tahun lalu. Dulu, kita dengar ramai juga ahli yang berbunyi, tapi kini tahap kesetiaan ahli kepada pemimpin dan parti sangat tinggi.
"Saya rasa, isu Tun (Dr Mahathir) bukan sesuatu yang menarik perhatian ahli akar umbi lagi. Dalam pertemuan-pertemuan dan mesyuarat-mesyuarat kita, tidak lagi dengar banyak cakap-cakap mengenai isu ini dan kita tidak jangka ia akan timbul lagi sepanjang mesyuarat cawangan dan bahagian akan datang.
"Ini mungkin juga kerana Tun kini sudah kurang mengkritik, dan jika ada pun, kritikan-kritikannya itu dengan mudah dijawab sama ada oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri," katanya kepada mStar Online.
Mesyuarat agung cawangan dan bahagian Umno telah ditetapkan masing-masing pada 1 Mei hingga 10 Jun dan mulai 1 Julai hingga 12 Ogos, sementara perhimpunan agung tahun ini dijadualkan pada November.
Menurut Mohd Ali, strategi parti yang sentiasa memberikan penerangan kepada ahli akar umbi mengenai segala perkembangan sama ada di dalam parti atau kerajaan kini telah menunjukkan hasil.
"Sesi penerangan kita tidak mengira musim. Apa sahaja majlis, sama ada sesi latihan atau ceramah, kita gunakan untuk beri penerangan secara umum. Kalau ada pihak timbulkan gangguan, kita terus jelaskan supaya ahli tidak keliru," jelasnya.
Mengenai persediaan pilihan raya, Mohd Ali berkata, setiap peringkat jentera parti telah bersiap sedia, walaupun tarikhnya belum lagi diketahui.
Umno, katanya, dijangka mengadakan pilihan raya "olok-olok" (dry run) bagi menguji tahap keberkesanan jenteranya tidak lama lagi.
"Walaupun kita belum buat dry run lagi, kita sudah cukup bersedia. Jentera kita nampaknya sangat berkesan dan latihan-latihan yang kita adakan sekarang akan menjadikan mereka yang terbaik di samping membuat beberapa pengubahsuaian mengikut perkembangan semasa.
"Kita tidak ambil mudah walaupun telah melalui 11 pilihan raya umum dengan berjaya, selain banyak pilihan raya kecil. Kejayaan kita di Batu Talam dan Machap adalah bukti komitmen jentera kita," katanya.
Beliau juga berkata kempen menambah ahli akan terus diperhebatkan berikutan kejayaan parti itu menambah 180,000 ahli baru yang kebanyakan golongan muda sepanjang tahun lalu di samping memastikan semua ahli yang layak menjadi pengundi berdaftar.

No comments:
Post a Comment