Jika anda adalah pelanggan, peminjam, penjamin mana-mana bank termasuklah pengguna kad kredit dan kad caj di Malaysia maka anda akan dapati rekod peribadi anda disimpan di kedua-dua organisasi ini. Masalahnya kebanyakan rekod ini lambat dikemaskinikan dan kadang-kadang rekod ini tidak melambangkan status kewangan pemunya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kini mempertikaikan bagaimana CTOS beroperasi dan lesen yang diperlukanya. Malah dia berkata bahawa pihak Kerajaan tidak pernah meluluskan mana-mana lesen untuk menyimpan data peribadi orang ramai.
Bagaimana CTOS boleh beroperasi sekian lama dan menyimpan begitu banyak data peribadi orang ramai tanpa pengetahuan Kerajaan. Adakah wajar maklumat peribadi orang ramai yang sewajarnya dirahsiakan (akta privasi) terletak ditangan sebuah syarikat Sendirian Berhad.
Untuk pengetahuan anda semua, Bank Negara Malaysia pernah mengeluarkan garis panduan penyimpanan "credit rating" ini melalui Akta Bank Negara 1958 (Rujuk Sini) yang mana hasil daripada akta ini menyebabkan tertubuhnya CCRIS (Central Credit Reference Information System) yang dikawalselia oleh Bank Negara.
Persoalannya sekarang ini adakah masih lagi perlu ujudnya CTOS yang dikendalikan oleh sebuah syarikat Sendirian Berhad (Credit Tip Off Service Sdn. Bhd) yang mana maklumat yang disimpan meragukan ataupun hanya CCRIS sahaja yang perlu menjadi rujukan semua institusi kewangan.
Siapakah yang disebalik CTOS dan bagaimana CTOS beroperasi sehingga membolehkan ianya mendapat semua maklumat peribadi orang ramai? Inilah yang menjadi keraguan bagi banyak pihak.
Pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan bukan sahaja menggunakan maklumat peribadi dari CTOS untuk mengesahkan status individu namun saya dapati mereka juga menggunakan "hantu-hantu" mereka untuk mendapatkan maklumat tambahan dari KSWP, LHDN dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Malah jangan anda terkejut jika mereka-mereka ini (pihak institusi kewangan, along, pemungut wang (berlesen atau tidak) serta pihak berkuasa tempatan) boleh mendapatkan salinan penyata KWSP dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada bila-bila masa sahaja.
Bukan itu sahaja, mereka juga amat mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai akaun bank anda hanya dengan satu panggilan telefon sahaja. Adakah kita ingin membenarkan maklumat peribadi kita menjadi tontonan dan status kewangan kita ditentukan oleh mereka tanpa satu piawaian yang telus dan sahih.
Kesimpulannya, perlukah CTOS dibenarkan terus beroperasi tanpa kawalan?
Bekas Fellow Kanan
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
(http://ketuaperusuh.wordpress.com/ )
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.
No comments:
Post a Comment