Utusan Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO tidak menemui sebarang bukti kukuh berlaku sogokan wang dan salah laku dalam pemilihan perwakilan pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kubang Pasu, 9 September lalu.
Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, lembaga itu tidak akan mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli parti berhubung dakwaan tersebut.
"Tidak ada tindakan selanjutnya berkaitan dakwaan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Pada September lalu, lima wakil cawangan yang terlibat dalam pemilihan perwakilan bahagian itu membuat laporan rasmi mengenai dakwaan berlaku sogokan wang dan salah laku pada pemilihan itu.
No comments:
Post a Comment