Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib terhadap Malaysia Today yang didakwa menghina Islam dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sebagai cubaan untuk menghalang suara dalam internet.
"Saya percaya ia merupakan percubaan untuk menghalang suara dalam internet. Anda boleh melakukannya tetapi tidak boleh menahan orang daripada menggunakan internet," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi Emas Dinar 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, semalam, seperti dilaporkan sebuah laman web.
Menurut beliau, semasa pentadbirannya, kerajaan pernah mencuba menghalang penggunaan web lucah tetapi ia mustahil kerana ada kandungannya dari luar negara.
Katanya, ia sama juga dengan blog, di mana tidak boleh menghalangnya.
Bagaimanapun Dr Mahathir mengingatkan apa yang ditulis di laman web mestilah berdasarkan fakta yang betul bukannya rekaan semata-mata.
Sementara itu, Muhammmad menyifatkan Malaysia Today sangat berbahaya, sekiranya tidak dipantau dan diambil tindakan, kerana ia dibaca oleh ramai golongan muda.
“Kalau inilah budaya yang disebar, saya rasa suatu hari nanti akan wujud pemikiran anarki di negara ini, di mana orang ramai tidak lagi percaya pada kerajaan, pada Tuhan dan hanya mementingkan kebebasan hak individu. Maka pada ketika itu, amat sukar bagi kerajaan hendak mengawalnya kerana pemikiran rakyat yang telah dirosakkan,” katanya.
Muhammad turut menyifatkan pengendali web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin tidak beretika, kerana melakukan serangan peribadi terhadapnya melalui tulisannya See you in hell Muhamad son of Muhamad sebagai reaksi terhadap laporan polisnya.
Katanya, Petra sepatutnya menjawab atau memberi alasan kepada laporan polis yang dibuatnya, dan bukannya mencabar beliau dengan mengajaknya ‘bertarung keris’.
Sementara itu, Petra berkata beliau tidak menerima sebarang salinan laporan polis, dan oleh itu tidak dapat menyatakan sama ada tuduhan tersebut ada justifikasi atau tidak.
Menurut Petra lagi, beliau telah menyemak arkib dalam blognya dan mendapati tidak ada artikel tulisannya pada 11 Julai, justeru beliau tidak pasti artikel mana yang mereka maksudkan.
Tambah Petra, berdasarkan sumber-sumber dalaman, rujukan 11 Julai itu dibuat secara sembarangan bagi menyokong laporan tersebut.
"Bila Umno mengadakan mesyuarat mengenai isu tersebut," katanya, "mereka belum mempunyai artikel tersebut. Hanya semasa mereka menyediakan draf laporan itu, baru mereka mencari satu artikel untuk menyokongnya, bukan sebaliknya."
Petra turut mendedahkan mereka dari Umno telah menyerang Malaysia Today dengan meninggalkan pelbagai mesej ‘sampah’ sehinggakan beliau terpaksa menyekat alamat IP mereka daripada melayari Malaysia Today.
Jelasnya, setiap hari beliau menerima kira-kira 500-600 komen berulang yang menuduhnya membuat ‘fitnah’ dan ‘pembohongan’.
Petra berkata laporan polis terhadap Malaysia Today itu adalah sebahagian daripada skim yang sama untuk bertindak balas terhadap laman web alternatif di Malaysia.
Dalam pada itu, difahamkan laporan polis tersebut berdasarkan satu komen seorang pembaca Malaysia Today bertarikh 11 Julai lalu, dan bukannya artikel Petra.

No comments:
Post a Comment