Date:

Tun Dr. Mahathir’s message for Kubang Pasu UMNO

Ahli-ahli Umno Bahagian Kubang Pasu,

Saya ucapkan terima kasih kepada cawangan-cawangan Umno Bahagian Kubang Pasu yang telah mencalonkan nama saya sebagai perwakilan Bahagian ke Perhimpunan Agong Umno 2007.

Saya minta maaf kerana tidak dapat menerima pencalonan tersebut dan bertanding kerana saya merasakan yang ianya adalah sesuatu yang sia-sia.

Walaupun mendapat pencalonan saya akan tetap kalah jika saya bertanding। Ini terbukti apabila saya memutuskan untuk bertanding sebagai perwakilan Bahagian ke Mesyuarat Agung Umno 2006.

Sebenarnya keputusan saya untuk bertanding sebagai perwakilan Bahagian pada tahun lepas adalah untuk melihat kebenaran jangkaan saya bahawa akan ada pihak yang akan memastikan saya kalah supaya saya tidak dilantik sebagai perwakilan.

Ini terbukti benar dan saya tahu bahawa ada pihak yang telah memberi rasuah kepada ahli-ahli Bahagian untuk tidak mengundi saya.

Saya tahu apa sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan kekalahan saya walaupun Lembaga Disiplin Umno mengumumkan bahawa tidak ada bukti salahlaku pada peringkat pemilihan perwakilan Bahagian Kubang Pasu 2006.

Memandangkan yang penglibatan saya akan menjadi sia-sia, maka saya tidak dapat menerima pencalonan tersebut dan tidak akan bertanding sebagai wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong Umno 2007.

Saya minta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada cawangan-cawangan yang telah mencalonkan nama saya.

Sempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 kemerdekaan negara kita, saya berdoa agar parti Umno ini akan terus kekal di atas landasan yang betul demi memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Selamat bersidang.


Dr Mahathir bin Mohamad

Putrajaya 21 Julai 2007



No comments: