| Anwar saman Khairy, Chandra RM110 juta |
| Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Mar 06, 08 | 12:30:18 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADIlan), Dato' Seri Anwar Ibrahim semalam telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Just, Chandra Muzaffar berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.
Anwar menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu selain gantirugi RM100 juta dari Khairy dan RM10 juta dari Chandra kerana berikutan dakwaan yang mencemar reputasinya. Peguam Anwar, Sankara N.Nair telah menghantar surat tuntutan kepada Khairy dan Chandra, meminta mereka menarik balik kenyataan masing-masing dan memberi jaminan tidak akan mengulanginya. Nair berkata, dalam ceramah Khairy di Lembah Pantai pada 20 Februari lalu, menantu Perdana Menteri itu memberi tanggapan kepada hadirin bahawa Anwar seorang homoseksual dan bermoral rendah serta tiada nilai-nilai Islam. Katanya, tuduhan dalam artikel-artikel terhadap pelanggannya itu berunsur fitnah yang serius dan telah mencemarkan beliau memandangkan kes pelanggannya (PP lwn Dato' Seri Anwar Ibrahim) di mana beliau telah dibebaskan. Dalam surat kepada Khairy itu, Peguam Anwar berkata tuduhannya terhadap anak guamannya itu adalah palsu. Dalam suratnya kepada Chandra pula, Nair juga berkata komen Chandra yang disiarkan dalam akhbar New Straits Times pada 4 Mac membayangkan bahawa 'Anwar telah mengapi-apikan kebencian di kalangan kaum di Malaysia' dan telah melakukan kesalahan menghasut. Nair merujuk kepada kenyataan yang dibuat dalam sebuah forum pada 3 Mac lalu. Chandra dilaporkan berkata, berdasarkan kepada pengalaman peribadinya dengan Anwar, pemimpin KeADILan itu bukan pilihan yang betul untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Khairy dan Chandra diberi tempoh 48 jam (hingga hari ini) untuk menjawab surat tuntutan tersebut. Dalam reaksi awalnya yang disiarkan dalam laporan laman web, Chandra pula berkata beliau juga akan mempertahankan kenyataannya di mana-mana mahkamah. Chandra berkata beliau telah menjawab surat peguam Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. "Saya telah menulis kepada peguamnya dan dengan jelas menyatakan bahawa "saya tidak mempunyai sebarang sebab apa jua untuk menarik balik kenyataan yang saya buat di forum tersebut atau untuk memohon maaf kepada Anwar Ibrahim," ujarnya. Kenyataannya itu dibuat berdasarkan kepada fakta dan maklumat dalam pengetahuannya dan beliau akan mempertahankannya di mahkamah, ujar Chandra. - mks. Cetak |
| Calon BN Pokok Sena didakwa tipu tesis, terima suapan RM84,000 |
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 6:59:53 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pokok Sena, Dato' Paduka Rahman Ibrahim telah didakwa menipu Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mendapatkan Ijazah Sarjana (Master) Sains Politik.
Penipuan yang dibuat ialah dengan cara mengupah pihak tertentu dengan jumlah puluhan ribu ringgit untuk membuat tesis bertajuk 'Politik Kepuakan Dalam Politik Kedah' bagi ijazah tersebut. Perkara ini didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang juga mencabar Rahman dalam pilihan raya umum ini. "Saya ada bukti penipuannya itu dan mahu satu siasatan menyeluruh dilakukan dan menggesa supaya ijazah sarjana yang diterima pada 2002 ditarik balik. "Tindakan beliau ini mencemar imej UUM seolah-olah universiti boleh ditipu dan dibeli ijazahnya," katanya ketika menghubungi Harakah. Tesis tersebut kata Mahfruz telah diselia oleh bekas Naib Canselor UUM Allahyarham Dr Mohd Fauzi Basri dan Dr Mohd Fuad Saadan manakala penyelia luarnya ialah Dr Mohd Agus dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr Jayum anak Jayan dari Universiti Pertanian Malaysia. Selain itu Mahfuz turut mendakwa bahawa Rahman telah menerima suapan dalam bentuk 'in-kind' iaitu pembinaan 'renovation dan perabot untuk kelengkapan pejabat Ahli Parlimen Pokok Sena itu di No 21, Taman Koperasi, Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah. Suapan itu diterima daripada seorang kontraktor dikenali sebagai Tan Teik Seng daripada syarikat Akcipta Trading. Manakala Rahman didakwa turut menerima suapan sejumlah RM84,000 daripada Nelson Ho dan Grennway Services kerana berjaya mendapat kelulusan membawa masuk pekerja asing, katanya yang merujuk kepada dokumen bertarikh 14 Julai 2004 di bawah rujukan SUP/KHEDN/Kementeri Dalam pada itu Mahfuz mendakwa Rahman menerima suapan berbentuk penajaan 10 bilik Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur berjumlah RM5,250 pada 21 September 2004 bagi tujuan penginapan para penyokongnya yang datang daripada kawasan Parlimen Pokok Sena dan tajaan daripada dua syarikat yang sama kerana kelulusan yang sama. "Saya cabar Rahman untuk membuat penafian dan minta Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat salah laku beliau. "Isu ini telah diketahui umum dan masyarakat di Parlimen ini dan saya bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil untuk untuk membuktikan dakwaan tersebut,"kata Mahfuz. (Untuk mendapatkan fakta menarik dan berita lanjut, pembaca boleh mendapatinya di dalam keluaran khas Kempen 5 yang diedarkan percuma ke seluruh negara mulai Khamis 6 Mac 2008) - mks. Cetak |
| Mari kenali Tengku Adnan Mansor |
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 6:55:32 am MYT | |
|
Beliau secara bijak telah mengeluarkan idea yang amat 'bernas' iaitu mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi. Lebih mengejutkan, beliau tanpa rasa segan mahukan kerajaan Barisan Nasional (BN) menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah.Kedua- Dua idea 'mantap' ini seolah-olah cuba menjadikan negara ini 'syurga arak' dan 'syurga hiburan' yang akan menyebabkan ramai pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut. Bagaimana idea 'kartun' ini telah dibantah keras oleh PAS termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam lantaran ianya akan mendatangkan musibah besar kepada membiaknya keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang membarah kepada rakyat Malaysia khususnya remaja dan umat Islam. Walau apa pun, para pengundi perlu mengenali siapa Adnan yang mempunyai idea bernas ini supaya boleh menilai sama ada beliau layak sekali lagi untuk menerajui tampuk kepimpinan khasnya dalam bidang pelancongan hatta sebagai seorang ahli parlimen sekalipun. Adnan telah dilahirkan di negeri Melaka pada 20hb Disember 1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor manakala pada tahun 1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama sama seperti yang terdapat dalam surat beranak malah ketika menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada tahun 1969 namanya masih lagi kekal sebagai Adnan bin Mansor. Tetapi, pada 3hb Oktober 1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor dan telah membuat akuan bersumpahnya bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Adnan merupakan seorang taukeh Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad. Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad. Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad. Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di luar negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan. Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi 'mesin slot', tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23hb Mei 2003. Apapun sepatutnya Adnan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi dan situasi gawat umat Islam ini sangat-sangat membimbangkan. Sungguhpun begitu terpulanglah kepada para pengundi untuk mebuat penentuan di hari pengundian 8 Mac ini untuk membuat pilihan yang betul dan tepat dalam soal memilih pemimpin. Masa untuk berubah! - mks. Cetak |
| Umno bergolak, BN cemas akibat pembangkang dapat sokongan! |
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 6:51:26 am MYT | |
|
Rakyat juga sedang memerhati segala gelagat dan perilaku 'sumbang' mereka untuk menilai sebelum membuat keputusan dan menghukum mereka di peti undi pada 8 Mac nanti termasuk kewajaran memilih pemimpin bermasalah sebagai wakil rakyat. Antara insiden yang memalukan dan menimbulkan tanda tanya ramai pihak tentang ketelusan Umno dan BN ialah:- 1.Perkenal Calon BN Kelantan yang bankrap untuk pilihan raya. Calon BN di DUN Kijang, Mustopha Ahmed, telah ditolak pencalonannya kerana muflis dan penolakan itu memberikan kemenangan percuma kepada calon wanita PAS, Wan Ubaidah Wan Omar. 2.Bekas Exco Kedah dari parti Gerakan serta KeADILan. Bekas Exco Kedah yang telah tiga penggal menjadi Adun (Gerakan) di Derga, Cheung Khai Yan menyertai KeADILan kerana beberapa alasan antaranya berlaku diskriminasi kepada parti itu termasuk tidak puas hati terhadap perjalanan BN Kedah. 3.Demonstrasi Umno Terengganu tidak puas hati dengan senarai calon Lebih 400 membantah 21 Februari lalu terhadap pengguguran nama senarai calon oleh pucuk pimpinan BN yang diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Dato' Seri Idris Jusoh. Bantahan itu datangnya daripada kumpulan yang dikatakan tidak puas hati dengan pencalonan Umno iaitu kumpulan penyokong bekas wakil rakyat Seberang Takir, Hj Mohd Shapian Ali. Ini termasuk bantahan daripada kumpulan penyokong penyandang kerusi Parlimen Marang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia Dato' Abdul Rahman Bakar dan penyokong Tengku Putera mengadakan demostrsi di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar. 4.Bantahan dan perebutan kuasa Umno Perlis Wujud tiga puak Umno yang bersengketa di Perlis 'didalangi' antaranya oleh Dato' Seri Shahidan Kassim, Dato' Seri Azmi Khalid dan Dato' Radzi Sheikh Ahmad. Akibat daripada itu terdapat juga protes daripada penyokong pihak tertentu yang mengadakan bantahan di kediaman rasmi Shahidan dan terdapat beberapa psoter dikoyakkan oleh penyokong Umno sendiri. 5.Protes terhadap pencalonan Setiausaha Politik PM Dato' Osman Desa di Sik, Kedah. Umno Kedah mendapat kejutan besar semalam apabila dilaporkan ribuan ahli Umno berpiket di Sik, sebagai protes pada calon Parlimen Dato' Othman Desa dan turut ditujukan kepada calon Belantek, Tajuddin Abdullah kerana kedua-dua mereka didakwa bukan calonyang disetujui penyokong-penyokong Umno di sana. 6. Calon BN Dun Bukit Pinang, Kedah dipecat kerana pecah amanah BN Kedah menerima tamparan hebat dan bakal kehilangan kepercayaan rakyat kerana calonnya di Dun Bukit Pinang, Omar Saad telah dipecat daripada Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah termasuk jawatan yang disandangnya sebagai Setiausaha kerana didakwa pecah amanah. Surat pemecatan koperasi itu telah dikeluarkan kepada beliau termasuk tujuh lagi yang lain yang didapati bersalah kerana melakukan tindakan salah guna kuasa membabitkan urusan pembelian tanah seluas 105 relung dan pemecatan tersebut berkuatkuasa pada 25 Disember lalu. 7.Isteri calon BN di Jitra kempen suruh pengundi undi PAS Kredibiliti calon BN Kedah tercalar apabila calon N.06 Jitra, Dato' Saad Man yang berdepan dengan isteri sendiri yang berkempen di atas pentas PAS. Ku Fatimah Ku Yaacob (isteri Saad) mengajak rakyat Kubang Pasu menolak calon BN itu atas alasan beliau adalah seorang yang tidak bertanggungjawab. 8.Kisah cinta terlarang Menteri Besar Kedah dengan Puteri Umno Kedah Kalangan penyokong Umno di Kedah, rata-rata mendesak agar kisah hubungan sulit antara Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Puteri Umno Negeri, Shahanim Mohd Yusuf yang sudah pun bersuami didedahkan segera. "Kami dah meluat tengok sikap mengada-ngada Shahanim dan hairan mengapa Mahdzir menafikan hubungan sulit mereka berdua," tegas mereka. Seorang tokoh perniagaan antarabangsa berbangsa Cina pula memberitahu, dia mempunyai cukup bukti tentang tempat dan tarikh pertemuan dua sejoli ini terutamanya di Macau termasuk nama hotel yang diinapi mereka berdua. Dalam perkembangan yang sama, di serata negeri ini berbunyi bahawa vcd kisah cinta mereka berdua akan disebarkan, Harakah sendiri sering menerima panggilan telefon daripada mereka yang mahu tahu kesahihan cerita yang mereka dengar. 9.Rumah Mahadzir Khalid RM5 juta, pondok pengawal RM40,000 di Pedu Rumah Mahadzir Khalid dianggarkan dalam lingkungan harga RM 4juta hingga RM 5 juta dan pondok pengawalnya berharga RM 40,000, dibina selepas baru berapa hari menjadi Menteri Besar. 10.BN guna 'taktik samseng' halang penyokong KeADILan Calon KeADILan Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa, poster kempen partinya telah dikoyak manakala di Rantau pula, penyokong BN bertindak agresif menghalang penyokongnya menaikkan poster kempen. Ekoran itu, wakil dan penyokong Badrul telah membuat laporan polis pagi tadi di ibupejabat polis daerah Rembau. 11. BN guna pegawai kerajaan untuk kempen BN tanpa segan silu dilihat menggunakan pegawai dan jentera kerajaan semasa kempen pilhan raya ini berikutan laporan TV3 dalam Buletin Utama 27 Februari lalu yang mana Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna menghantar pegawainya, Zulkifli Ibrahim, Penolong Penguatkuasa KPDNDHEP berkempen di atas pentas Barisan Nasional (BN) di Parlimen Titiwangsa bersama calon BN, Dato' Abdul Aziz Jamaluddin. 12. Calon PAS Parlimen Rompin ditawar RM200 ribu untuk tarik diri Calon PAS bagi Parlimen Rompin (PO91) Mazlan Mohamed Yasin mengakui telah ditawarkan dengan jumlah wang yang banyak untuk beliau berundur diri daripada bertanding. "Tawaran terakhir ialah RM200,000 untuk saya tarik daripada bertanding malah Dato' Seri Dr.Jamaluddin Jarjis juga ada menghubungi untuk bertemu namun saya tidak melayan sama sekali permintaannya. 13.Calon BN Parlimen Pokok Sena terima suapan RM84,000, upah buat tesis Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pokok Sena, Dato' Paduka Rahman Ibrahim telah didakwa menipu Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mendapatkan Ijazah Sarjana (Master) Sains Politik. Penipuan yang dibuat ialah dengan cara mengupah pihak tertentu dengan jumlah puluhan ribu ringgit untuk membuat tesis bertajuk 'Politik Kepuakan Dalam Politik Kedah' bagi ijazah tersebut. Didakwa turut menerima suapan sejumlah RM84,000 daripada Nelson Ho dan Grennway Services kerana berjaya mendapat kelulusan membawa masuk pekerja asing pada 2004 14.BN perguna mat rempit untuk burukkan imej pembangkang Menurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir terdapat laporan daripada jentera pilihan raya PAS bahawa BN telah memulakan propaganda memburukan imej PAS. Insiden dilaporkan di Slim River di mana sekumpulan mat rempit telah berkeliaran dan menaburkan VCD tertentu yang mana mesejnya adalah untuk melaga-lagakan PAS dengan pengundi bangsa Cina dan India. Terdapat juga rancangan untuk merakam aksi mat rempit membawa bendera PAS dan KeADILan sambil membuat huru-hara di jalan raya. Rakaman tersebut, katanya akan ditayangkan di stesen-stesen televisyen untuk memberi gambaran kepada pengundi bahawa PAS dan KeADILan menaja huru-hara. Berikut adalah ringkasan kecelaruan Umno:- 1.Perkenal Calon BN Kelantan yang bankrap untuk pilihan raya (Untuk mendapatkan fakta menarik dan berita lanjut, pembaca boleh mendapatinya di dalam keluaran khas Kempen 5 yang diedarkan percuma ke seluruh negara mulai Khamis 6 Mac 2008) Cetak |
| Mahathir kecewa lantik Abdullah sebagai PM |
| Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Mar 06, 08 | 6:49:08 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar versi internet semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau kecewa melantik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.
"Ya, saya kecewa tetapi adalah haknya untuk cuba dan terus memegang jawatan tersebut (Perdana Menteri)," ujar Mahathir yang kini menjadi tumpuan media kerana sekali lagi mengkritik Abdullah. Mengulas mengenai isu beliau mahu Dato' Seri Najib Tun Razak menggantikan Abdullah, Mahathir berkata, hal itu tidak ada perjanjian tetapi pada pandangannya, Abdullah berkhidmat selama sepenggal dan serah pada Najib yang ketika itu sudah berumur untuk menggantikannya. "Kita mahukan proses peralihan yang lancar. Bila Perdana Menteri bersara, beliau digantikan oleh timbalannya. "Jika dia lama memegang jawatan tersebut, Najib akan jadi tua apabila jadi PM. Saya hormati kebolehan Najib, dulu semua kerja yang kita beri padanya, dapat dilaksanakannya dengan cukup baik," kata Mahathir. "Sebab Abdullah sudah berumur, dan saya fikir perlu bagi dia peluang. Saya tidak mahu (orang kata), kerana beliau pernah menentang saya, maka saya tidak melantiknya. Anda pun tahu saya pernah menerima semula mereka yang menentang saya dan cuba menjatuhkan saya," katanya. Sementara itu mengulas mengenai kehadiran menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin yang tidak baik, Mahathir berkata, Khairy pernah berkata bahawa boleh berbuat demikian kerana mendapat perlindungan dari bapa mertuanya. "Tiada seorang pun patut berkata demikian. Buat perkara yang betul, maka anda tidak perlu minta perlindungan dari bapa mertua anda.Adalah amat selesa bila bapa mertua anda melindungi anda," katanya kepada Khairy sinis. Bercakap mengenai pilihan raya, Mahathir menasihati rakyat bahawa undi bukan sahaja atas sebab kesetiaan kepada parti, tetapi juga mengundi untuk memilih orang yang baik untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baik. Sementara itu, bercakap mengenai proses mewujudkan pembangkang yang kuat beliau berkata, negara ini memerlukan pembangkang dan mereka mesti bersikap kritikal terhadap kerajaan. "Tanpanya, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat wajah kita. Anggota kerajaan kadang-kadang kaki bodek dan mereka sentiasa kata "anda betul" dan anda tiada cara untuk menilai sama ada anda di landasan yang betul. jadi jika negara ini kehilangan pembangkang dan jadi seperti Singapura, maka akan berlaku bencana," ujarnya. - mks. Cetak |
| SPR 'jahat', rakyat mesti ajar mereka! |
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 6:43:23 am MYT | |
| "
Seperti kata Pesuruhjaya PAS Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak bahawa SPR dilihat begitu jahat kali ini lantaran strategi dan sabotaj terakhirnya ialah berhubung pengesahan duti setem. "Nampaknya Kita 'bergaduh' bukan setakat dengan Umno sahaja tetapi SPR, " katanya Manakala kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar meminta semua pihak mempunyai kewaspadaan yang tinggi kerana khuatir dengan pelbagai 'kejutan' yang bakal dilakukan oleh SPR pada hari pengundian. "Kalau hari pencalonan tempoh hari SPR boleh buat macam-macam celaru, inikan pula pada hari pengundian, siapa yang tahu. Jadi bersiap sedia dan berwaspada!" katanya. Berikut adalah senarai kepincangan SPR yang wajar dihukum dan dibuktikan oleh rakyat dengan cara membuat 'perhitungan' terakhir dan 'mengajar' mereka pada pilihan raya umum akan datang dengan memilih PAS dan BA sebagai isyarat jelas bahawa pembohongan dan muslihat SPR selama ini telah gagal!
1.Membatalkan penggunaan dakwat celup jari Keputusan terkini iaitu (4 Mac) empat hari sebelum hari pengundi ialah SPR membatalkan penggunaaan dakwat kekal menggunakan alasan 'arahan awam' dan 'keselamatan' adalah dilihat untuk 'menghalalkan' penipuan di proses hari mengundi. Pembatalan ini turut 'disepakati oleh Ketua Polis Negara Tan Sri MUsa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abd Ghani Patail 2.Pengesahan duti setem pada borang pencalonan pada saat akhir SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem yang mana surat arahan itu dikeluarkan pada jam 3.00 petang hari Khamis (21 Februari 2008) sedangkan pada borang tersebut sudah jelas tertera bahawa 'duti setem tidak diperlukan'. Malah selama 11 kali pilihan raya umum yang lepas, tidak pernah diminta pegesahan duti setem dibuat, menurut Ustaz Azizan. Akibat daripada itu kata Azizan, PAS Kedah telah mendapat pengesahan duti setem bagi 32 borang pencalonan di Perlis pada keesokan harinya memandangkan Kedah merupakan hari kelepasan am. 3.SPR tidak konsisten, keluar arahan berbeza dalam masa dua hari. Kerana Umno juga terlupa dan tidak sempat mendapat pegesahan duti setem, SPR dilihat cuba menutupi kelemahn itu dengan mengeluarkan arahan (23 Februari) bahawa tidak perlu pengesahan duti setem sehari sebelum hari pencalonan. 4.Undi pos kini tidak lagi rahsia, telus kerana punya nombor siri Terdapat nama anggota polis dan tentera dan nombor siri kertas undi dan dua borang sama di masukkan dalam karung yang sama. Perkara ini dikesan di pusat pengagihan kertas undi di Stadium Tititwangsa bagi Parlimen Setiawangsa. Sebagai contoh anggota Zulkhairi Zainun No Kad T533580 dari 93 Rejimen Semboyan, Wilayah Persekutuan mempunyai nombor siri 3906. Begitu juga bagi nombor siri 3954 untuk anggota Mohd Kamal Bin Keliwon (KP/T 53766) daripada rejimen sama mengalami situasi yang sama termasuk nombor siri yang lain seperti 11856, 3896, 3897 dan 2700, 5.SPR masukkan 1,031 pengundi pos di Belantek, Kedah PAS Kedah mendedahkan tindakan SPR mewartakan sebanyak 1,031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 tidak menyenaraikan nama-nama tersebut. Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1,031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan. Dalam DPI 2006, bagi Daerah Mengundi tersebut hanya mempunyai 500 pengundi sahaja. Bagaimanapun, 1,031 pengundi pos anggota tentera ini dibawa dari dua kem iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani (Kem Induk/Tetap di Sungai Petani) dan A Kompeni Bn 304 AW (Kem Induk di Gerik, Perak. 6.SPR sahkan 8,666 pengundi berusia 100 ada dalam daftar pemilih Seramai 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46). Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan pengundi lebih 100 tahun dan mereka yang dipindah ke tempat lain dan tidak boleh atau tidak mampu ke sana untuk mengundi, dengan mudah saja boleh diambil tempat mereka oleh pengundi hantu. 7.SPR tolak bantahan dan celaru pada hari pencalonan SPR tanpa rasa tanggungjawab telah menolak bantahan yang secara terang-terangan melanggari peraturan SPR sendiri dan menyebabkan suasana ceelaru. i- Bantahan terhadap Dato' Seri Rafidah Aziz kerana lupa menandatangani borang pencalonan. ii- Bantahan terhadap pencabar Dr Lo Lo Ghazali di Parlimen Titiwangsa, Dato'Aziz Jamaludin Mhd. Tahir yang tidak mempunyai pengesahan duti setem pada borang pencalonan. iii- Bantahan terhadap calon Umno Dato' Ismail Kassim (Adik Shahidan) yang mencabar Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din di Parlimen Arau (P003) kerana tidak dapat mengemukakan bukti peletakan jawatan sebagai Senator. iv- Mengumumkan calon-calon yang bertanding di Parlimen Hulu Langat tanpa memperkenalkan calon daripada PAS, buktinya berlaku di Stadium Kajang. 8.Bukti tentera ada dua nama dalam daftar pemilih SPR sebagai pengundi awam Calon PAS parlimen Temerloh, Hashim Abdullah mendedahkan seorang anggota tentera mempunyai dua nama di dalam daftar pemilih, satu menggunakan kad pengenalan awam manakala satu lagi menggunakan kad pengenalan tentera yang membolehkanya mengundi secara pos dan mengundi di pusat pembuangan undi sebagai orang awam. Anggota tentera tersebut bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh. Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan 9.Tidak daftar dan tidak pernah mengundi tetapi tersenarai dalam senarai SPR Akhbar Malay Mail di bawah tajuk: 'Woman mysteriously registered as voter' telah mendedahkan Ang Lai Im, 36 telah menyedari bulan lalu bahawa beliau telah didaftarkan oleh SPR sedangkan beliau belum pernah melakukannya sebelum ini. Bekas wartawan kanan News Straits Times itu atau nama sebenarnya Ahirudin Attan berkata beliau tidak pernah sama sekali mendaftar dan menunaikan kewajipan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sekalipun. "Saya tidak pernah ke Rapat Setia, alamat saya dalam Kad Pengenalan lama dan baru ialah di Puchong, Selangor dan saya tidak pernah tinggal di Perak dan kampung saya di Melaka," katanya yang mempersoalkan namanya yang tertera dalam semakan daftar pemilih online. Menurut semakan daftar tersebut beliau telah didaftarkan untuk mengundi di Rapat Setia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai dan bagi Parlimen Gopeng. Harakah juga mendapat puluhan laporan yang diterima berkaitan nama pengundi yang dipindahkan secara senyap ke lokasi berbeza termasuk yang tidak pernah mendaftar sebelum ini. Begitulah kata-kata manis penuh puitis Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman jelas mempermainkan rakyat dan sikap SPR ini menunjukkan suruhanjaya ini tidak berwibawa dan mempermainkan rakyat. Rashid yang sebelum ini menyatakan penggunaan peti undi lutsinar, dakwat jari pengundi dan ketiadaan nombor siri pengundi pada kertas undi seperti yang diumumkan sebelum ini akan dilaksanakan pada pilihan raya umum kali ini. "Tiada siapa tahu anda undi siapa," demikianlah janji 'manis' Rashid Abdul Rahman pada 14 Februari lalu yang jelas satu pembohongan! Ahli Jawatankuasa Bersih yang juga Naib Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan ekoran tindakan SPR itu,sudah tiba masanya Rashid meletak jawatan dan rakyat mesti mengajar mereka dengan memilih PAS dan BA yang jelas mahukan sebuah pilihan raya yang bersih daripada muslihat SPR dan demokrasi pulih dalam negara. Berikut adalah senarai yang dikenal pasti helah SPR untuk memastikan kemenangan BN dalam pilhan raya ke-12:- 1.Membatalkan penggunaan dakwat celup jari (Untuk mendapatkan fakta menarik dan berita lanjut, pembaca boleh mendapatinya di dalam keluaran khas Kempen 5 yang diedarkan percuma ke seluruh negara mulai Khamis 6 Mac 2008) Cetak |
| Undi mampu hentikan kezaliman - Dr Asri |
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 6:37:19 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Sebelum membuang undi pada 8 Mac nanti, umat Islam disaran menjadikan pandangan dan saranan Mufti Besar Perlis Dato' Dr Mohad Asri Zainal Abidin yang menyatakan bahawa undi mempunyai nilai yang sungguh besar dalam Islam.
Malah katanya undi berperanan untuk mencegah atau meneruskan kezaliman daripada berlaku dan dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini akan diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak. Demikian antara beberapa petikan nasihat Dr Asri di dalam bukunya yang bertajuk, 'Golongan yang haram di sokong' yang sewajarnya dijadikan panduan pelbagai pihak khususnya pengundi untuk membuat keputusan dalam menentukan pemimpin yang dipilih dan masa depan negara agar dihindar pada kancah kezaliman. Katanya, menjelaskan kemungkinan ada pihak menyangka bahawa apa kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihan raya dengan kedudukannya di hari akhirat malah menganggap pilihan raya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid. "Inilah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak diajar tentang Islam yaang tulen," katanya dalam buku tersebut. Beliau di samping itu memberi panduan kepada umat Islam supaya membuat keputusan yang betul dan tidak memberi undi kepada pemimpin atau golongan yang zalim. Katanya memberi contoh apabila melihat seseorang membeli sesuatu barang yang rosak,wajib diberitahu kepadanya dan dibantahi penjualnya, inikan pula jika melihat seseorang yang ingin memberikan undi atau sokongan kepada golongan yang rosak,jahat dan zalim. "Sudah pasti kewajipan mengingatkan para pengundi lebih besar dari mengingat seorang pembeli. "Ini kerana mengingatkan pembeli untuk menyelamat individu dari ditipu sedangkan mengingatkan pengundi adalah demi menyelamatkan umat dari binasa," kata Dr Asri. Golongan zalim kata Dr Asri, akan mengadap Allah dengan kemurkaan-Nya dan begitu juga para pengikut dan penyokong mereka juga akan dihadapkan atas jenayah sokongan terhadap kezaliman. "Oleh itu, bertaubatlah jika anda pernah menyokong golongan zalim, sama ada dengan suara, perbuatan atau undi anda. "Janganlah diulangi kemungkaran ini di kala kezaliman kelihatan sangat jelas dan nyata di hadapan mata kita," katanya Difahamkan buku 'Golongan yang haram di sokong' telah dicetak sejumlah lebih 6,000 naskah dan diedar secara percuma kepada umat Islam khususnya di negeri Perlis. (Teks penuh tulisan Dr Asri dalam buku 'Golongan yang haram di sokong' boleh didapati dalam keluaran Harakah terkini 16-31 Mac yaang kini sudah berada di pasaran) Cetak |
| Mari belajar matematik, pembaziran duit rakyat oleh BN |
| Azamin Amin Thu | Mar 06, 08 | 6:34:18 am MYT | |
| KUALA LUMPUR,6 Mac (Hrkh) - Berikut adalah fakta menarik dan 'perkiraan' Matematik pembaziran duit rakyat oleh Barisan Nasional (BN) yang tidak memungkinkan rakyat akan memberi peluang kepada BN untuk terus menghabiskan dana dan 'membankrapkan' negara.
Projek dan pembaziran mega wang rakyat:- 1. Kerugian dan kegagalan projek Jambatan Bengkok dan pembinaan Kompleks Imigresen dan Kuarantin Johor - RM1.4 bilion Selain itu terdapat pelbagai lagi pembaziran yang menuntut rakyat supaya menolak BN dalam pilihan raya ke-12 ini:- 1. Kos pembaikan Parlimen tiga tahun lepas - RM 99 juta ( meningkat dari bajet asal RM 39 JUTA ) (Untuk mendapatkan fakta menarik dan berita lanjut, pembaca boleh mendapatinya di dalam keluaran khas Kempen 5 yang diedarkan percuma ke seluruh negara mulai Khamis 6 Mac 2008) Cetak |
| Hutang anak syarikat, Johor diambang muflis? |
| Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Mar 06, 08 | 6:25:11 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Kerajaan Johor yang diperintah oleh BN didakwa berada dalam keadaan yang kritikal akibat dari bebanan hutang yang kian bertambah.
Bebanan hutang itu ditanggung akibat dari pinjaman dari agensi luar negara berjumlah lebih dari RM4 bilion yang telah dibuat sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri. Kesemua hutang tersebut telah diserahkan kepada kerajaan Johor dan kerajaan Johor telah menggunakan tanah milik mereka sebagai cagaran pinjaman yang telah dibuat. Tempoh matang pembayaran balik hutang tersebut adalah pada tahun 2012 dan jika sekiranya pembayaran tidak mampu dibuat selepas 40 hari tempoh matang itu tamat, kerajaan Johor akan diistyharkan muflis dan tanah yang dicagarkan itu akan menjadi milik pihak asing. Mengulas isu hutang kerajaan Johor ini, Naib Presiden PAS Dato' Husam Musa menyatakan kebimbangan beliau terhadap nasib yang akan menimpa rakyat Johor. "Jika ini berlaku kepentingan kerajaan Johor akan tergadai dan akibatnya masa depan rakyat Johor akan terancam," ujar beliau dalam satu laporan Global Media Channel semalam. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin agar melihat terlebih dahulu beban hutang yang ditanggung oleh kerajaan Johor sebelum cuba mencampuri urusan kewangan kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS. "Saya suka nak ingatkan Muhyiddin dan pemimpin BN yang lain agar menjaga kewangan negeri masing-masing dengan baik," kata Husam lagi. Sebelum ini, Husam telah mendedahkan jumlah hutang tertunggak yang ditanggung oleh kerajaan Kelantan berbanding dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. Dalam pendedahan tersebut, Johor adalah merupakan negeri yang paling banyak mempunyai jumlah hutang tertunggak manakala Kelantan pula hanya mempunyai jumlah hutang tertunggak kurang dari RM15 juta. Muhyiddin ketika mengadakan lawatan ke Kelantan pada 3 Mac lepas mengatakan bahawa Kelantan kini berada dalam keadaan muflis. Cetak |
| Hentam Anwar, perilaku Chandra pelik dan amat membingungkan - Wee Choo Keong |
| Wan Nordin Wan Yaacob Thu | Mar 06, 08 | 6:09:03 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Serangan peribadi Dr Chandra Muzaffar terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim amat tidak bertanggungjawab dan menunjukkan hilangnya integriti moral cendekiawan tempatan itu, kata veteran politik Wee Choo Keong.
Wee, yang merupakan bekas pemimpin DAP Bukit Bintang dan calon KeADILan Wangsa Maju berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Chandra dalam satu forum khas 'Pilihan Raya Umum Malaysia 2008' anjuran akhbar The Star dan Pusat Kajian Media Asia 3 Mac lalu. Dalam forum itu, Chandra memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tidak menyokong pembangkang dan berkata, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, rakyat mengundang 'malapetaka' Mengulas lanjut, Wee dalam satu laporan Suara KeADILan semalam berkata, serangan peribadi Chandra kepada Anwar bertujuan menyelamatkan air muka BN dari kritikan rakyat. Pendirian sebenar Chandra ini dapat dibaca dalam kenyataan malam itu yang menegaskan bahawa tiada perikatan lain di negara ini selain BN, dakwa Wee. "Serangan Chandra malam itu jelas cubaan untuk mensabotaj usaha rakyat," tegas Wee lagi. Wee berkata, beliau amat kecewa dengan serangan peribadi Chandra terhadap pemimpin reformasi yang dimalukan dan dipenjarakan di bawah ISA pada 1998 kerana menentang pentadbiran rasuah BN. "Dr Chandra Muzaffar tiba-tiba bertukar arah dan membenarkan dirinya dimanipulasikan oleh parti BN sehingga sanggup melempar fitnah terhadap Anwar Ibrahim dan secara tidak langsung mempengaruhi rakyat Malaysia untuk tidak menyokong pembangkang, "Apa yang dikatakan Chandra di forum anjuran The Star itu tidaklah mengejutkan melihat kepada rekodnya dahulu. Kata-kata seperti itu harus disimpan dalam tong sampah," tegur Wee. Dalam forum itu Chandra menuduh Anwar sebagai seorang ektremis Islam yang anti-Hindu. Tuduhan tersebut dibuat dengan merujuk kepada insiden pertelingkahan agama antara Islam-Hindu di Kampung Rawa, Pulau Pinang, Mac 1998. Namun begitu, selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri itu pada September 1998, Chandra menyokong Anwar dan menyertai KeADILan. "Perilaku Chandra ini amat pelik dan membingungkan, Sikap hipokrit ini kata Wee dapat dilihat dari awal penubuhan KeADILan lagi. Menurut wee, selepas beliau dan teman-teman dipecat dari DAP, mereka memutuskan untuk menyertai KeADILan yang dilihat platform yang sesuai memerangi rasuah dan penyelewenangan kuasa. "Namun pada ketika itu, Chandra selaku Timbalan Presiden KeADILan, mengisytiharkan semua bekas DAP dilarang dari menyertai KeADILan," jelas Wee. "Seraya dengan itu, kami menyeru Chandra untuk terus menjadi pengkritik dalam penjara akademiknya dan berhenti dari menghina kebijaksaan orang-ramai, |
| Orang kanan calon BN cabul Puteri Umno |
| Salmiyah Harun Thu | Mar 06, 08 | 12:46:11 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Orang kanan Calon BN Dun Sg Abong N13, Kamaruddin Suratman yang dikenali sebagai Abas bertindak meraba kemaluan seorang ahli Putri Umno semasa berkempen di Taman Perdana Muar, di Parlimen Bakri baru-baru ini.
Perbuatan calon BN yang rakus itu, telah memberi tekanan kepada mangsa yang dikenali sebagai Saadah menyebabkan beliau bertindak membuat laporan polis. Ekoran laporan polis yang dibuat mangsa, keahliannya sebagai Puteri Umno telah dilucutkan. Menurut Saadah sebagaimana yang dilaporkan kepada polis, orang kuat calon BN itu bersama rakannya menjemput beliau dengan kereta di rumahnya ke bilik gerakan Umno. "Dalam kereta tersebut saya bersama dua lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke Taman Perdana, Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian Abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya,"demikian lapor Saadah. Ekoran daripada kejadian itu, Saadah mengadu kepada pemuda Umno yang dikenali sebagai Abang Dolah bagaimanapun dia tidak mahu Saadah membesar-besarkan kejadian itu dan tidak menghiraukan aduannya. Menurut Saadah yang dipetik daripada Tranungkite, Ketua Puteri Umno Bahagian yang dipanggil Anum turut memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa serta membuat laporan polis. Sementara itu, salah seorang ahli Putri Umno Bakri yang menggelarkan dirinya Mawar Berduri kesal kerana ketuanya langsung tidak mempertahankan anak buahnya bahkan memberi amaran kepada Saadah supaya tidak menghebahkan kejadian itu. Katanya, tidak cukup daripada itu, Saadah turut dituduh yang bukan-bukan seolah-olah dialah yang menggoda lelaki terbabit. "Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseorang individu," katanya. Tegasnya, ahli Puteri Umno masih mempunyai maruah dan harga diri bukannya menjadi alat pemuas nafsu. Bagaimanapun, beliau mengharapkan ahli puteri terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah mereka. "Kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kami di sini," rayu beliau. - mks. Cetak |
| Ada pengundi didaftar lebih 40 tempat berbeza - Mafrel |
| Anis Nazri Thu | Mar 06, 08 | 12:15:40 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda apabila dakwat kekal dibatalkan penggunaannya oleh SPR hanya empat hari sebelum hari pengundian.
Pengerusi Malaysians For Free and Fair Election (Mafrel), Abdul Malek Hussin, berkata menurut kajian yang dijalankan ke atas daftar pemilih yang digazetkan untuk kegunaan pilihan raya umum ini, rekod-rekod dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat nama-nama pemilih, khasnya pemilih pos didaftarkan secara berganda sebagai pemilih biasa. "Dalam hubungan ini, Mafrel ingin menarik perhatian dengan satu contoh yang berlaku di Kelantan, di mana bahagian pilihan raya P026 Ketereh, didapati seramai 195 orang pemilih pos didaftarkan secara berganda sebagai pemilih biasa di beberapa lokaliti dengan pendaftaran yang menggunakan nama penuh dan tahun lahir yang sama, meskipun mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza," jelas Mafrel kepada media, dalam sidang media semalam. Jelasnya, secara keseluruhannya bagi negeri Kelantan, Mafrel mendapati kes yang paling kronik melibatkan nama seorang pemilih pos (tentera), Ismail Ibrahim, yang berdaftar dalam Parlimen Ketereh, tetapi butiran nama penuh dan tahun lahir (1962) beliau didapati berdaftar sebagai pemilih biasa di 46 lokaliti yang berasingan. Begitu juga, katanya bagi negeri Terengganu, yang melibatkan seorang pemilih pos (polis) yang berdaftar dalam P039 Dungun, didaftarkan sebagai pemilih biasa secara berganda di 40 lokaliti berasingan dengan butiran nama penuh dan tahun lahir (1957) yang sama. "Keadaan sedemikian sangat berleluasa berlaku melibatkan beberapa bahagian pilihan raya yang lain di negeri Kelantan dan Terengganu dan tidak syak lagi ianya terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang menjejaskan integriti proses pilihan raya," kata beliau. - mks. Cetak |
| SPR diperkuda BN, Rashid digesa letak jawatan |
| Nyza Ayob Thu | Mar 06, 08 | 12:10:49 am MYT | |
| KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menganggap SPR telah 'diperkudakan' oleh Barisan Nasional (BN) ekoran tindakan badan yang dikatakan bebas itu membatalkan penggunaan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum ke-12 ini.
Beliau melahirkan kekesalan kerana katanya, SPR telah berulang kali melakukan kesilapan dan tidak dapat melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil. "Sekiranya Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid mempunyai maruah, beliau mesti meletak jawatan. Jika tidak beliau hanya makan gaji sahaja. Jika negara lain, sekiranya SPR diganggu, pihak SPR dengan berani menyambut cabaran. " Bermula dengan setem duti sehinggalah penggunaan dakwat yang diisytihar akan digunakan dalam pilihan raya akhirnya dibatalkan. Tindakan ini seolah-olah menunjukkan SPR digunakan untuk mencelarukan rakyat dan membantu melakukan perang psikologi supaya rakyat tidak boleh konsisten dalam menghadapi pilihan raya ini,"katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang video yang diadakan secara terus dari pejabatnya di Rusila, Terengganu yang diikuti secara langsung oleh wakil-wakil media di Pejabat Agung PAS petang semalam. Sementara itu, sewaktu ditanya sama ada PAS akan memulaukan pilihan raya kerana sikap berat sebelah SPR, jelas Abdul Hadi, sehingga kini PAS tidak berniat untuk memulaukan pilihan raya . "Memulaukan pilihan raya bermakna kita menghapuskan demokrasi. Kita mahu mewujudkan demokrasi, sebab itu kita wajib menyertai pilihan raya. Jika kita tidak menyertai pilihan raya, kita menguburkan demokrasi. "Kita menyertai pilihan raya walaupun dalam keadaan padang tidak sama rata, daftar pemilih yang bercelaru serta undi pos yang mungkin memenangkan wakil rakyat. Kita menyertai pilihan raya tertentu sama ada kalah atau menang,"katanya. Tambahnya, melalui demokrasi pilihan raya, menjadikan rakyat sebagai hakim. Bagaimanapun katanya, jika rakyat mendapat maklumat daripada satu pihak, sukar bagi rakyat menjadi hakim yang adil. BN terima manifesto PAS bila tidak berdebat Dalam pada itu, mengenai cabaran debat PAS mengenai manifesto PAS terhadap Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Dato' Seri Najib Tun Razak, yang sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas, jelas Abdul Hadi, ia menunjukkan BN telah menerima manifesto Pas. "Manifesto yang dikemukakan BN mendedahkan kelemahan parti tersebut yang mana manifesto 'Selamat, Aman dan Makmur' tidak menggambarkan situasi di negara kita. "Negara kita belum lagi aman. BN memerintah lebih 50 tahun tetapi terpaksa mewujudkan manifesto 'Selamat, Aman dan Makmur'menandakan BN masih gagal mewujudkan keamanan, keselamatan dan kemakmuran," Jelas Abdul Hadi, isu perdebatan pernah dicetuskan pada tahun 1984 apabila Barisan Nasional mencabar PAS dengan mencetuskan isu kafir mengkafir. PAS mengajak BN untuk bermuzakarah tapi BN mengajak untuk melakukan perdebatan. Katanya, pada waktu itu PAS mensyaratkan debat mestilah disiarkan secara langsung di seluruh negara. Namun apabila tiba masa ditetapkan, pihak BN telah meminta jasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu membuat perisytiharan debat dibatalkan. Katanya Presiden Umno pada waktu itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah berucap pada perhimpunan khas di Kuala Lumpur pada 1985 membuat kenyataan mengecam ahli-ahli agama dalam Umno kenapa tidak berani mengemukakan hujah yang diminta oleh PAS. " Sekarang ini dalam isu manifesto Pilihan raya, apabila PAS mengemukakan manifesto 'Negara Berkebajikan: Kerajaan Amanah, bersih dan adil,kerajaan BN menyatakan itu merupakan satu perkara yang amat mustahil. "PAS yakin dan percaya sekiranya diberi amanah dan kepercayaan kepada rakyat, PAS akan memanfaatkan hasil negara seiring dengan agenda kebajikan yang akan menjadi kenyataan,"katanya. - mks. Cetak |
| Bersih ramalkan PRU-12 paling kotor dalam sejarah |
| Roy Rasul Wed | Mar 05, 08 | 8:35:16 pm MYT | |
| KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) mengingatkan rakyat Malaysia bahawa pilihan raya umum ke 12 pada 8 March ini bakal menjadi satu pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara.
Ahli Jawatankuasa Bersih Sivarasa Rasiah berkata demikian, ekoran tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian nanti. Katanya, dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini, pembatalan penggunaan dakwat kekal boleh membantu pengundi hantu beroperasi dengan lebih mudah. "Kemenangan Kerusi-kerusi yang kritikal seperti di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Perak mungkin akan ditentukan oleh pengundi hantu," katanya. Sehubungan itu katanya, Bersih menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyertai kempen tandatangan seluruh rakyat Malaysia supaya satu Suruhanjaya Diraja Pembaikan Pilihan Raya ditubuhkan selepas pilihan raya ini. Kempen itu juga dianjurkan secara online melalui http://www.petition Sementara itu, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Bersih yang mewakili PAS, Sabki Yusof berkata, pembatalan tersebut membuktikan wujudnya satu perancangan penipuan dalam proses pilihan raya ini di mana pada hari mengundi nanti wujudnya pengundi-pengundi yang dibenarkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN). "Kerana itulah dibatalkan penggunaan dakwat kekal bagi menghalang pengundi berulang. "Apabila membatalkan penggunaan dakwat ini membuktikan bahawa SPR memberi ruang seluasnya kepada perancangan untuk membenarkan pengundi mengundi beberapa kali di atas nama pengundi dalam daftar pemilih tertentu. "Kita kemukakan banyak bukti di mana nama setengah pengundi itu didaftarkan tanpa proses nombor pendaftaran yang betul di mana setengahnya itu dipindah nama daripada negeri-negeri tertentu," katanya. Sebagai contoh katanya nama yang boleh mengundi sebagai pengundi pos juga mengundi sebagai pengundi awam. Terdapat juga katanya nama yang sebelum itu mengundi di tempat lain tiba-tiba didaftarkan dan dipindahkan di Terengganu dan di negeri lain yang jauh. Katanya lagi, nama-nama yang sebelum ini tidak pernah memohon untuk mendaftar mengundi didaftarkan mengundi. "Saya menerima aduan dari kawan di Dubai bahawa beliau yang tidak pernah mendaftar sebagai pengundi tetapi namanya didaftarkan sebagai pengundi di Marang, Terengganu. "Ini menunjukkan ada satu usaha untuk mendaftarkan pengundi-pengundi yang ada potensi untuk tidak mengundi," katanya. Beliau berkata, pengundi-pengundi yang tidak pernah keluar mengundi sebelum ini dikenal pasti sebagai pengundi 'lesap' di mana mereka berdaftar tetapi tidak pernah keluar mengundi. Ini katanya, dikenal pasti dan menjadi sasaran untuk pengundi-pengundi hantu mengundi bagi pihak mereka. Sehubungan itu, katanya beliau percaya, pembatalan berkenaan memudahkan lagi operasi bagi pengundi hantu mengundi bagi nama-nama yang tentunya tidak keluar mengundi. Turut sama dalam sidang media tersebut ialah, Teresa Kok (DAP), Yap Swee Seng (Suaram), Faizal Mustafa (KeADILan) dan lain-lain. - mns Cetak |
| Percakaran sesama Umno lebih sengit dari pilihan raya |
| Abdul Halim Mohd Rashid Wed | Mar 05, 08 | 7:10:54 pm MYT | |||
| KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Percakaran sesama Umno hakikatnya lebih sengit dari pertarungan mereka dengan parti pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum kali ini.
The Straits Times (ST) Singapura melaporkan, perebutan kepimpinan Umno, di mana Umno memilih pemimpin yang biasanya akan mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerajaan, menimbulkan masalah yang lain kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN). "Kebanyakan tokoh utama dan pemimpin-pemimpin kanan parti memberikan lebih banyak tumpuan kepada pemilihan parti berbanding pilihan raya minggu ini," akhbar itu memetik seorang pembantu kanan Perdana Menteri. Para pemimpin BN berkata, lapor akhbar itu, limpahan wang yang dicurahkan kepada pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan untuk membiayai kempen 13 hari tidak mengalir ke bawah bagi melicinkan jentera parti dalam pilihan raya ini. "Para pemimpin Umno menyimpan sebahagian besar dana pilihan raya untuk membina kekuatan mereka sendiri bagi menghadapi pemilihan dalam parti," seorang ahli perniagaan yang membantu kempen BN di Terengganu meluahkan kemarahannya. Umno menghadapi cabaran yang sengit dari PAS untuk menguasai negeri itu. Akibatnya, ramai pekerja pilihan raya Umno di beberapa bahagian di Terengganu meninggalkan pos masing-masing dan akan hanya kembali apabila wang mengalir masuk ke dalam poket mereka. Cetak
|

Politik Menjelang PRU
Paling Mual Dalam Sejarah - Laman M@RHAEN
Oleh Adil Malaysia (Penulis Tamu M@RHAEN)
Negara Aman = Setiap hari ada sahaja paparan berita jenayah. Rompakan! Dadah! Provokasi Perkauman! Melayu Benci India. India Benci Melayu. Tapi Pak Lah tetap bersekongkol dengan Samy Vellu!
Negara Selamat = Kes jenayah telah meningkat sebanyak 40% pada tahun 2007. Kes rogol gadis - gadis remaja dan kanak - kanak semakin menular. Trend popular pada hari ini ialah perbuatan merakam aksi tersebut menggunakan handphone 3G. Video - video gadis Melayu dicabul beramai - ramai telah menjadi santapan jiwa remaja. Selamatkah mereka?
Trend remaja menganggotai pertubuhan - pertubuhan tertentu telah mewujudkan suasana yang tegang. Gejala gangsterisme semakin kronik. Tanpa disedari anak - anak kita mungkin sudah terjebak ke kancah gejala sosial. Undi anda kepada BN akan menghancurkan masa hadapan anak - anak generasi mendatang!
Negara Makmur = Harga barang semakin naik. Selepas ini harga minyak pun bakal dinaikkan jika BN menang pilihanraya. Pengagihan ekonomi yang tidak sama rata menyebabkan perut Najib Razak semakin boroi di saat rakyat marhaen terpaksa mengubah gaya hidup. Keadaan ekonomi & sosial sudah tidak makmur di bawah pentadbiran Auto - Pilot Islam Hadhari Al - Badawi.
Pembangunan = Perbuatan membina bangunan kerajaan yang akhirnya retak, pecah dan runtuh rantah. Agenda Pembangunan pula ialah perbuatan meninggikan nilai kos projek (mark up) bagi membolehkan cukong - cukong UMNO - BN membaham komisyen.
Agenda Pembangunan dicanang bagi memperdayakan orang ramai yang teruja dengan janji - janji manis pimpinan tertinggi UMNO.
BN = Beban Negara
Parti Barang Naik (BN) telah melakukan satu kesilapan besar dalam pilihanraya umum kali ini.
Pertama sekali, mereka telah menyebabkan rakyat berasa jelak dengan propaganda bertali arus yang dilancarkan menerusi media perdana.
Iklan - iklan propaganda disiarkan secara kerap di stesen - stesen radio dan televisyen, selain memenuhi ruangan surat khabar harian milik mereka.
Tidak cukup dengan itu, iklan - iklan propaganda ini turut memenuhi ruangan billboard di stesen Putra LRT. Sana sini situ semuanya BN. Entah berapa belas juta telah dihabiskan untuk menampung kos pengiklanan sahaja.
Malangnya, BN hanya mengulang - ulang ayat yang sama. 'Selamat, Aman & Makmur' dan 'Agenda Pembangunan'
Sejak zaman wakil rakyat PAS Hashim Gera menewaskan UMNO di Perak sehinggalah sekarang, corak dan strategi kempen BN tidak banyak berubah. Dulu ada cerita orang PAS keluar parti, sekarang pun masih ada. Dulu ada Pemuda Tahan Lasak, sekarang timbul pula Gerak Gempur Pemuda.
Dulu rasuah duit. Sekarang pun rasuah duit. Dulu janji kosong, sekarang pun janji kosong juga. Cuba selidik apakah janji - janji Perdana Menteri pada tahun 2004 itu telah dikota? Hampeh.
Janji membasmi rasuah dan mengheret jerung perasuah? Hampeh. Janji untuk berkerja bersama rakyat? Hampeh. Rakyat memang berkerja tetapi dia asyik lena diulit mimpi yang indah - indah. Hampeh punya pemimpin.
Di saat Johor ditenggelami air bah, dia seronok berehat di Australia berlayar bersama Dato' Todt dan Michelle Yeoh. Di saat rakyat Kota Tinggi panik dikepung arus deras sungai, Pak Lah dengan gembiranya merasmikan Nasi Kandar Puteri di Perth.
Walaubagaimanapun Nasi Kandar Puteri telah gulung tikar 6 bulan selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri.
Inikah Perdana Menteri yang kita idam-idamkan selama ini? TIDAK. Kita tidak perlukan KAKI TIDUR untuk mengepalai pentadbiran Malaysia! Oleh yang demikian undilah calon - calon Barisan Rakyat pada 8 Mac 2008! Anda mampu mengubahnya.
Keluarlah mengundi beramai - ramai! Marilah kita pakat - pakat tumbangkan Barisan Nasional!
Lawan Tetap Lawan
"Bersekutu Bertambah Mutu"
Selamatkan Malaysia. Selamatkan Rakyat!
Penulis Tamu
Parti Keadilan Rakyat (keADILan)
Bahagian Wangsa Maju
"M@rhaen: Sumber Maklumat Alternatif Pilihan Raya Umum Ke-12"
06.03.2008

Maklumat Terbaru
Pengundian Dalam Kem Tentera Tidak Telus
Petikan daripada Blog Merah Tinta MSO - Laman M@RHAEN
HARI ini giliran anggota tentera pula menunaikan kewajiban sebagai warganegara membuang undi untuk pilihan raya ke-12. Semalam anggota polis telah menunaikan tanggugjawab mereka.
Pengundian oleh anggota pasukan keselamatan khasnya polis dan tentera sudah lama diragui oleh pembangkanng mengenai sejauh mana ketelusan dan kebebasannya serta kerahsiaannya dijaga.
Biasanya anggota terntera mengundi awal. Tempat pengundian ialah di dalam kem tentera. Ekoran bantahan dan desakan pembangkang tahun ini wakil-wakil (pemerhati) calon-calon bertanding di dalam pilihan raya dibenarkan menjadi pemerhati dan memantau pengudian berkenaan.
Persoalannya sejauh manakah peranan pemerhati berkenaan. Apakah mereka boleh membuat sebarang teguran dan bantahan ke atas apa-apa perbuatan atau pun salah laku di sepanjang pengundian berkenaan.
Baru sekejap tadi saya menerima satu panggilan dari seorang mengakui dirinya anggota tentera. Beliau dakwa dari Kem Sungai Undang Melaka. Anggota ini melahirkan rasa kesal di atas apa yang berlaku di tempat mengundi di dalam kem berkenaan dan juga peraturan yang dikenakan.
Beliau mempersoalkan di manakah ketelusan dan rahsia undi yang dilaung-laungkan. Kerana menurutnya setiap anggota yang hendak mengundi diarah supaya memasukkan kad pengenalan di dalam sampul surat bersama kertas undi.
Kalau inilah cara katanya, ketelusan dalam pengundian itu sudah tidak ada.
Ditanya apakah tidak ada pegawai pemerhati dari wakil-wakil parti, katanya ada tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan arahan dari pihak atasan.
Di kem Sungai Undang mempunyai seramai hampir 3,000 pengundi. Kira-kira 1,000 pengundi membuang undi hari ini selebihnya besok dan lusa.
Pemanggil itu menjelaksan ramai di kalagan anggota muda tentera yang berminat untuk undi pembangkang, tetapi tidak boleh melaksanakanya kerana peraturan (tinggal kad pengenakan dalam sampul undi) dan arahan tadi.
Pemanggil itu mengakui beliau sendiri berminat kepada pembangkang. Disebabkan tidak setuju dan kesal dengan peraturan itu beliau telah merosakkan undinya. "Kerana geram dengan keadaan itu saya rosakkan undi," katanya.
Dari laporan anggota tentera tadi maka jelas kebebasan dan kerahsiaan undi di kalangan anggota tentera tidak nwujud. Ini bermakna kebenaran SPR dan pihak berkuasa kem kepada wakil-wakiul calon untuk jadi pemerhatian hanya membuang masa sahaja.
"Tolonglah encik bagi tahu kepada pihak pembangkang agar membuat penyiasatan dalam hal ini kerana kita tidak mahu suara tentera yang menyokong pembangkang tidak dapat dipergunakan dengan sewajarnya," keluh pemanggil berkenaan penuh kekesalan. [wm.kl 5:35 pm 05/03/08]
http://msomelayu.
- MSO
06.03.2008

Shahrizat Cemas dan Kian Lemas Di Lembah Pantai
Oleh: Insan Berguna- Laman M@RHAEN
Pak Lah berkata bahawa Johor dan beberapa negeri lain tidak perlu dia berkempen kerana yakin BN tidak mempunyai masalah untuk menang. Maka kesimpulannya, bila mana Pak Lah pergi berkempen, bermakna kawasan tersebut diyakininya getir dan berkemungkinan besar dimenangi PAS, Keadilan atau DAP. Lagi kerap dia ke situ makin yakin akan Pak Lah bahawa BN/UMNO akan kalah di situ.
Dengan itu, para pengerak dan perancang kempen di kawasan-kawasan yang dilawati Pak Lah, wajar mengandakan kehebatan kempen bagi memastikan kemenangan yang amat ditakuti Pak Lah. Ini bermakna mereka sudah mengenal-pasti bahawa tempat-tempat itu mereka lemah dan perlukan sokongan Pak Lah untuk menembusi kekuatan PAS/Keadilan/
Untuk mewakili kawasan Lembah Pantai kali yang keempatnya, sememangnya Sharizat telah terpaksa berhempas pulas sejak ura-ura Nurul Izzah akan berentap dengannya. Malah, sebagai seorang menteri dan juga Timbalan Ketua Wanita UMNO, Sharizat terlalu banyak terpaksa menumpukan kepada Lembah Pantai. Dia sepatutnya melawat dan berkempen di setiap kawasan yang ditandingi oleh Wanita - dan bukannya resah menjaga kawasan sendiri sahaja.
Takutnya Sharizat akan sokongan yang diberikan kepada Nurul Izzah, dia terpaksa memohon Jeanne untuk memujuk Pak Lah turun berkempen di Lembah Pantai. Itulah yang berlaku dan diketahui umum bahawa Shahrizat minta tolong dengan Jeanne.
Semenjak Shahrizat bergelar wakil rakyat di situ memang ramai yang tidak selesa dengannya. Belum pernah anak-anaknya turun membantu [kenyataan ini disebut sendiri anak sulongnya yang sebaya Nurul Izzah dalam temubual dalam TV] tetapi kali ini ketiga-tiga mereka terpaksa meninggal kemewahan dan keselesaan yang selama ini sukar untuk mereka korbankan.
Akibat gementar dengan sokongan padu pengundi muda yang menyebelahi Nurul Izzah, Mawi terpaksa dikerah untuk bantu berkempen. Malah, malam Pak Lah berkempen, dengan bantuan daya tarikan Mawi, hanya sekitar 1,000 yang hadir mendengar Pak Lah berleter.
Memang jelas semenjak 10 hari yang lepas, kehangatan di Lembah Pantai banyak memihak sebelah Nurul Izzah. Banyak faktor yang menarik ke Nurul Izzah dan banyak juga faktor yang menolak dari menyokong Sharizat.
Keadilan yakin kemenangan memihak mereka dan Shahrizat semakin gementar sokongan pengundi muda ramai meninggalkannya.
Ibrahim Baba
05 Mac 2008
http://ibrahimbaba.

Anwar Tak Relevan
- Tapi BN/UMNO Berhempas Pulas
Oleh: Insan Berguna- Laman M@RHAEN
Sudah beberapa tahun, laungan Anwar tidak relevan dimainkan oleh para pemimpin UMNO dan termasuk juga para pimpinan pelbagai parti lain dalam BN. Kadang-kadang terdengar dengan berapi-api mereka melaungkan bahawa Anwar sudah tidak relevan lagi.
Hairan pula IB, jika sesuatu benda atau personaliti sudah tidak lagi relevan, maka tidaklah perlu disebut-sebut lagi. Itulah logiknya. Tak relevan maka tidak lagi penting dan tidak lagi perlu disebut-sebut. Jika relevan dan penting diambilkira, maka kita akan selalu sebut-sebutkan.
Anehnya, kini, setiap hari beberapa pemimpin UMNO/BN terpaksa mengambilkira kepentingan yang ada pada nama Anwar Ibrahim ini.
Baik dari Pak Lah, Najib, Hishamudin, Keng Yaik, Ka Ting, Samy, Rafidah dan ramai lagi lah tak perlulah pula nak beri publisiti menyebut nama-nama ini (termasuk juga Chandra yang sentiasa tidak puas hati dengan kelemahannya sendiri) - semuanya menyuarakan sesuatu bagi mempersoal, menjawab, menuduh, memfitnah, melaga-lagakan serta memburuk-burukkan Anwar.
IB turut tertarik dengan satu emel yang bertajuk Dato' Seri Anwar Ibrahim irrelevant? yang turut disiarkan dalam beberapa laman lain. Penulis asal emel tersebut berubah pendirian dari menyokong BN kepada menyokong Anwar. Ini kerana beliau asyik disogokkan laungan melampau bahawa Anwar tidak relevan dan telah membuatkan beliau mencari jawapan sebenar hingga akurnya bahawa Anwar sebenarnya masih relevan terutamanya dalam PRU2008 ini.
- Apakah dirasakan isu-isu yang dibawa Anwar begitu panas dan amat perlu dijawab? Itulah maknanya masih relevan.
- Apakah kerana risau melihat ribuan manusia sentiasa menanti untuk mendengar ceramah Anwar di seluruh pelusuk tanah air? Itulah maknanya masih relevan.
- Apakah terlalu ramai pemimpin yang terkena dengan pembongkaran demi pembongkaran yang dilodehkan oleh Anwar hingga gusar untuk mereka duduk diam? Itulah maknanya masih relevan.
- Apakah ada kebenaran dalam hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh Anwar hinggakan terpaksa dijawab? Itulah maknanya masih relevan.
- Apakah akan mengoncangkan peluang untuk BN menang dalam PRU ini hinggakan Anwar mesti dijadi mangsa utama untuk ditembak oleh keseluruhan jentera parti dan kerajaan serta para pemimpinnya? Itulah maknanya Anwar masih relevan.
Maknanya, ANWAR MASIH RELEVAN dan kini menjadi suatu "euphoria" dan pengharapan di kalangan pengundi, yang sudah letih dan mual dengan janji-janji manis pilihan raya, menjelang detik cemas BN 8 Mac 2008.
Ibrahim Baba
05 Mac 2008
http://ibrahimbaba.

Bas Hantu sudah ditempah?
Laporan : Anak Hantu - Laman M@RHAEN
Saya mendapat makluman bahawa ada sebanyak 6 biji bas yang disewa oleh orang kuat BN akan bertolak ke Kelantan pada 8hb Mac nanti. Bas ini akan bertolak dari Sg Petani KEDAH seawal-awal pagi pada hari tersebut. menurut makluman sahabat yang menyampaikan makluman tersebut beliau mendapat info ini dari salah seorang yang terlibat dengan program tersebut. Beliau telah diberitahu melalui e-mail berkenaan perkara ini.
ADMIN KedahLaNie: Jika benarlah perkara ini apa tujuan mereka hendak ke sana padahal hari tersebut merupakan hari penting bagi rakyat Malaysia... Berkemungkinan mereka pun berasa bersalah dengan apa mereka lakukan lalu mereka mendedahkan semua ini di internet. kepada sahabat taulan di Sg Petani yang ada kawan-kawan driver bas sila pastikan berita ini benar atau tidak.
Perancangan Allah adalah yang terbaik.
Jadi fikir2kanlah.
Kiriman:
ADMIN KedahLanie.....
05.03.2008
http://www.detikdai
Kegagalan Besar UMNO/BN Dalam Ekonomi
- Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000 - 2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter (tahun 2000) hingga RM1.92/liter (tahun 2006) iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.
-
- Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.
- Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di kampong-kampung.
- Statistik menunjukkan pendapatan isirumah kaum India RM3,215, lebih tinggi daripada purata kebangsaan RM3,022, dan juga kaum bumiputera RM2,522. Ini jelas menunjukkan UMNO tidak bersungguh-sungguh malah telah gagal menaikkan taraf hidup orang Melayu setelah 50 tahun memerintah.
-
- Duit rakyat dihabiskan hasil daripada ketidakcekapan pengurusan ekonomi:
- Bailout Bank Bumiputera sebanyak 4 kali - rugi RM10.4 billion.
- Kerugian Perwaja Steel - rugi RM10 billion.
- Bailout Indah Water Konsortium (IWK) - rugi RM200 juta.
- Bailout Konsortium Perkapalan Berhad - rugi RM1.7 billion.
- Hicom (Proton) kerugian sehingga Kerajaan terpaksa menggunakan duit Petronas untuk membeli saham Proton -rugi RM1 billion.
- Membeli semula saham MAS daripada Tajuddin Ramli dengan harga RM1 billion lebih dari harga pasaran.
- Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku - rugi RM3.3 billion.
- Bailout LRT PUTRA dan STAR - rugi RM6 billion.
- Bailout Renong/UEM - rugi RM12 billion.
- Pampasan pembatalan Projek Empangan Bakun - rugi RM950 juta.
- Hutang tertunggak InventQjaya - rugi RM228 juta
- Pampasan Jambatan Bengkok - rugi RM257 juta
- Pampasan pembatalan Broga Incinerator - rugi RM500 juta
- Kerugian membeli saham Agusta - rugi RM510 juta
- Skandal Port Klang Free Zone - rugi RM4.6 bilion
- Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) - rugi RM6.75 bilion
- Penjualan MV Agusta pada harga 1 Euro sedangkan syarikat tersebut dibeli dengan harga 70 juta Euro.
- Pengagihan projek yang tidak telus - dikuasai oleh kroni2 Patrick Lim dan Kamaluddin - taman tamadun islam, penang global city center
- Pembangunan Koridor Ekonomi dengan angka tidak masuk akal - jumlah RM1 trillion, Dari manakah BN mendapat duit sebanyak itu, sedangkan pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua yang berharga kurang 3 billion pun terpaksa meminjam wang daripada Negara China.
- Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.
Wednesday, March 5, 2008
Nik Aziz terima anugerah MB Paling Bersih
KOTA BHARU, 5 Mac: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima anugerah sebagai MB paling bersih dari Gerakan Rakyat anti Korupsi (Gerak) yang disampaikan pengerusinya, Ezam Mohd Nor.
"Di samping itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempamerkan sikap sederhana sehingga dapat bertahan dalam tempoh 18 tahun mentadbir negeri ini," katanya pada majlis tersebut.
Berpuluh buah bas bertolak dari Bukit Jalil Jumaat ini
KUALA LUMPUR, 5 Mac: Berpuluh-puluh buah bas dijangka akan bertolak dari Stadium Bukit Jalil pagi Jumaat ini menuju ke Kelantan.
Menurut sumber, Setiausaha Kerja Umno, Brig Jen(B) Husaini akan melepaskan mereka dari stadium berkenaan.
Umno mendakwa mereka adalah pengundi luar yang mahu pulang ke Kelantan untuk mengundi namun menurut sumber, sebahagian dari mereka adalah pengundi hantu yang didaftar Umno untuk mengundi di Kelantan.
Siasah difahamkan, PAS telah meminta orang ramai agar mengambil gambar-gambar mereka kerana ia bakal dijadikan bukti dalam sebarang kes selepas pilihan raya nanti.
Sebahagiannya adalah dari Selatan Thailand yang mendapat kad pengenalan ekspres untuk membolehkan mereka mengundi bagi menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara telah membuat pengakuan kepada rakannya, dia mempunyai 30,000 nombor kad pengenalan yang didaftar untuk penduduk Islam selatan Thai bagi membolehkan mereka mengundi BN di Kelantan dalam pilihan raya kali ini.
Laporan lanjut Siasah Khamis ini.
PAS sedia sambut pengundi hantu
KUALA TERENGGANU, 5 Mac: Para petugas PAS sudah bersiap sedia untuk menyambut apa yang dinamakan pengundi hantu ke negeri ini menjelang pilihan raya ke 12 ini, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali.
Kenyataan yang serupa juga telah diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menasihatkan mereka agar jangan datang ke Terengganu kali ini kerana "petugas PAS sudah bersedia menantinya".
Menurut Mustafa, ada sekitar 85,000 pengundi hantu yang bakal datang ke Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya umum kali ini.
Dalam pada itu, Mustafa mengingatkan, PAS tidak membenarkan sebarang perarakan bermotosikal dilakukan di negeri itu dan jika ada itu bukan kerja penyokong PAS.
"Para petugas diarahkan supaya menghentikan mana-mana pihak yang menggunakan bendera PAS untuk berarak dalam pilihan raya kali ini," kata Mustafa.
Beliau difahamkan, ada pihak-pihak tertentu yang mendapat upah untuk berarak menggunakan bendera PAS dan akan membuat kacau.
Pihak TV pula dikatakan akan menyiarkan aksi itu untuk menunjukkan betapa tidak senonohnya penyokong PAS.
Tuesday, March 4, 2008
Abdullah Badawi di boo di Kerinchi
Bagi menarik sokongan orang ramai, selain Abdullah dan Shahrizat, BN menjemput beberapa penyanyi termasuk Mawi dan kumpulan muzik Rabbani dalam ceramah yang diadakan pada sebelah malam di tapak Pasar Tani Bukit Angkasa itu.
Bebarapa saksi menyatakan Abdullah di boo oleh sebahgaian yang hadir di situ sebaik beliau memulakan ucapan menyebabkan beliau terpaksa memendekkan ucapan dan pulang awal. Ini bukanlah kejadian pertama pemimpin BN dimalukan oleh pengundi.
Sebelum ini, sekutu Abdullah yang juga Presiden MIC, Samy Vellu dimalukan apabila 2000 warga India menghalang beliau dari menghadiri majlis jamuan makan malam anjuran BN di Lunas, Kedah.
PAS yakin dapat ambil Terengganu semula
Kenapa Awang Adek berhenti dari Bank Negara?
Inilah dialog biasa yang boleh di dengar di pintu masuk utama kawasan perumahan elit Tropicana yang terletak berhampiran Bandar Utama, Damansara.
Bukan sebarangan orang yang dapat masuk ke sini. Hanya mereka yang disahkan sebagai penghuni sahaja boleh masuk. Yang lain akan mendapat sekatan dari pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam dipintu masuknya.
Di sinilah juga terletaknya banglo mewah bernombor 78, Jalan Tropicana Utama, 47410 Petaling Jaya, Selangor. Rumah ini dimiliki oleh bakal Menteri Besar Kelantan, Datuk Aweng Adek Hussin.
Usaha kami sendiri untuk masuk ke kawasan ini amat sukar. Yang kami mampu adalah membuat pelbagai helah untuk masuk. Itupun akhirnya tertangkap dan dihalau keluar oleh pengawal keselamatan berbadan sasa yang sentiasa melilau di kawasan ini.
Tidak dapat kami bayangkan bagaimana penduduk Perupok, Tawang atau Jelawat yang datang ke Kuala Lumpur dan mahu menziarahi wakil rakyat mereka. Tentu lagi sukar.
Awang Adek Hussin mula membeli rumah ini pada tahun 1996. Yang terlebih menarik adalah cara beliau membeli rumahnya ini. Ia mungkin menjadi salah satu sebab kenapa beliau terpaksa keluar awal dari Bank Negara.
SPR pada awalnya telah mengarahkan kepada semua bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya ke-12 ini disyaratkan supaya men"duti" setemkan pada borang mereka. Arahan ini dikeluarkan pada saat-saat akhir dengan niat yang jahat tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memerangkap pihak pembangkang. Tetapi, malangnya, hajat SPR itu tidak tercapai, apabila semua calon pembangkang dapat menunaikan apa yang telah disyaratkan oleh SPR. Jerat jahat ini telah terkena di batang hidung BN dan UMNO itu sendiri. Oleh kerana pembangkang dapat menunaikan syarat tersebut, datang pula "arahan" baru yang mengatakan bahawa duti setem itu tidak wajib, dan borang pencalonan diterima walaupun tanpa duti setem. Dalam masa yang sama, tidak seorang pun dari calon-calon pembangkang tahu tentang pembatalan tersebut. Inilah niat jahat SPR seawal hari penamaan calon.
2. Dakwat Kekal
Pada hari ini 5 Mac 2008, rakyat Malaysia digemparkan lagi dengan helah dan permainan jahat SPR di saat-saat pilihanraya bakal tiba dalam beberapa hari saja lagi. Pengumuman pembatalan penggunaan dakwat kekal telah diumumkan oleh pengerusi SPR sendiri iaitu Tan Sri Abdul Rashid. Pada awalnya iaitu sebelum penamaan calon, SPR telah bersetuju dengan cadangan daripada pihak pembangkang dalam penggunaan dakwat kekal ini walaupun pelbagai helah telah digunakan SPR dalam usaha untuk tidak menerima cadangan ini. Pembangkang mengutarakan cadangan ini adalah kerana mahu melihat pilihanraya yang adil dan bersih dan supaya tidak berlaku pengundian dua kali oleh seorang individu. Pemansuhan ini juga melambangkan bahawa SPR tidak bersedia untuk menjadi sebuah badan yang bersih dalam menjayakan Pilihanraya pada kali ini.
3. Undi POS
Antara cadangan lain dari pihak pembangkang adalah pemansuhan undi POS. Namun, cadangan ini telah ditolak mentah-mentah oleh SPR. Ini adalah kerana undi POS adalah merupakan di antara ancaman besar kepada pakatan pembangkang dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu. Sebaliknya kepada BN ia merupakan durian runtuh kerana kebanyakkan calon BN yang menang pada pilihanraya yang lepas adalah dengan bergantung kepada undi POS. Tambahan lagi, proses perjalanan undi POS adalah tidak telus. Dalam semakan daftar pemilih juga terdapat individu yang berdaftar sebagai pengundi POS dan dalam masa yang sama sebagai pengundi awam. Contoh boleh dilihat dalam akhbar alternatif HARKAHdaily.
PANGKAH BA!
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Ramai yang pasti khususnya pengundi di Parlimen Putrajaya mengenali Menteri Pelancongan Tengku Adnan Mansor yang terkenal dengan kenyataan 'kontroversi' yang keluar dari mulut seorang muslim yang mengikuti konsep Islam Hadhari.
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Sejak pembubaran Parlimen pada 13 Februari lalu pelbagai insiden mengejutkan seluruh negara menyebabkan rakyat melihat kekalutan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mula cemas dengan pengaruh pembangkang. 



No comments:
Post a Comment