From: fresh zone
Subject: Penting !! Fakta Tentang Minyak Yang Semua Ke na Tahu
Subject: Penting !! Fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu
Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu
statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah
di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia
dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filifina dan
vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan
negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang
di gunakan oleh barisan nasional untuk memperbodohkan orang kampung.
Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat
perbandingan harga minyak malaysiadan negara negara pengeluar minyak
yang lain:-
Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
MalaysiaRM1. 92
IranRM0.29
VenezuelaRM0. 16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan
tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak
adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan
keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta
tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam
lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio
pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu,
sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen
sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen
seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana
pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia
boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini
menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak
dalam negara.
Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan
malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen
seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan
tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di
iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga
di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin
kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut
dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan
untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berepa kerat orang yang dapat
faedah dari koridor pembangunan di sana sini?
Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion
setahun.Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi
minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera
ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor
koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.
Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana
harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So
yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia
yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak,
malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik,
pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun
malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi
bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.
Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion
Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah
tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup
membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas
yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa
nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih
penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?
Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang
bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain
pulak.So kalau Dato najib kata turunkan harga minyak akan buat negara
bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah
negara dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di
samping pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari
sumber lain seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain
lain.Pendapatan tahunan negara kalau di ambil kira harga minyak yang
melambung naik bakal mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut
susah sangat ke nak sumbangkan 50 billion untuk beri subsidi pada
rakyat?
Kepada pengundi pengundi semua tepuk KEPALA tanya AKAL!.
Ni korang compare ngan Turkmenistan.
Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)
https://www. cia.gov/library/ publicat. ..s/tx.html# Econ
Ni Malaysiapunya
Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)
GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)
https://www. cia.gov/library/ publicat. ..s/my.html# Econ
ORG BN TAK YAH MENGELUH - KALAU HARGA MINYAK NAIK!
(sedih bila tengok TV, ada pakcik tua habaq, BA tak leh memerintah sbb
takdak duit- dia tak sedaq ka duit gaji pak2 menteri mesia sapa yg bayaq??-
alahai.. rendah nya tahap education/mentaliti rakyat kita- no wonder IPTA
kita langsung tak tersenarai dlm world ranking!)
-yam
Rise to the challenge for Sport Relief with Yahoo! for Good
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___


No comments:
Post a Comment