Date:

[harakahdaily] BN perguna mat rempit untuk burukkan imej pembangkang

BN perguna mat rempit untuk burukkan imej pembangkang

Salmiyah Harun
Tue | Mar 04, 08 | 4:11:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Berbagai-bagai cara akan digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk menghalang sokongan rakyat kepada pembangkang dalam pilihan raya kali ini termasu melakukan propaganda saat akhir untuk memburuk-burukkan imej PAS dan KeADILan di kalangan pengundi.
ImageMenurut Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Shahir dalam sidang media harian mendapat laporan daripada jentera pilihan raya PAS bahawa BN telah memulakan propaganda memburukan imej PAS.

Katanya, satu insiden dilaporkan di Slim River di mana sekumpulan mat rempit telah berkeliaran dan menaburkan VCD tertentu yang mana mesejnya adalah untuk melaga-lagakan PAS dengan pengundi bangsa Cina dan India.

PAS juga mendapat laporan terdapat satu rancangan untuk merakam aksi mat rempit membawa bendera PAS dan KeADILan sambil membuat huru-hara di jalan raya.

Rakaman tersebut, katanya akan ditayangkan di stesen-stesen televisyen untuk memberi gambaran kepada pengundi bahawa PAS dan KeADILan menaja huru-hara.

"Kami memberitahu agar pihak yang membuat agenda ini diharap jangan cuba lakukan sebab kami tahu aktiviti pihak terbabit," katanya.

Tambahnya, tindakan itu adalah satu perancangan yang sangat jahat dan tidak demokratik, biarlah ada pertandingan satu lawan satu supaya pilihan raya ini lebih bebas dan adil.

"Jangan guna taktik-taktik seumpama ini yang hanya akan mengelirukan dan mengaburkan pemikiran rakyat, jika terbukti ada kita akan menggunakan segala ruang yang ada bagi memastikan perkara ini tidak dieksploitasi untuk menutup sokongan kepada PAS," katanya yang ditemani Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Sabki Yusuf. - mns


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Instant hello

Chat in real-time

with your friends.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

.

__,_._,___

No comments: