Date:

[harakahdaily] Batal dakwat kuku: Bertenang dan tingkat usaha untuk menang

Batal dakwat kuku: Bertenang dan tingkat usaha untuk menang

Abdul Halim Mohd Rashid
Tue | Mar 04, 08 | 7:12:42 pm MYT
KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Sambil menyifatkan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini bukan sesuatu yang memeranjatkan, Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa meminta ahli-ahli dan para penyokong parti-parti pembangkang terus memberikan tumpuan kepada kerja-kerja pilihan raya.

"Bertenang dan tingkatkan tumpuan untuk mencapai kemenangan," kata beliau.

Ditanya mengenai tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) telah mencetak ribuan t-shirt Bersih dan dipercayai akan digunakan untuk mencetuskan huru-hara dalam pilihan raya ini, Husam tidak menolak kemungkinan berlakunya tindakan itu.

Beliau meminta semua ahli dan penyokong pembangkang berhati-hati dan jangan terpedaya dengan sebarang provokasi.

"Sebelum keputusan pilihan raya diumumkan, kita hanya mengambil bahagian dalam pilihan raya. Itu sahaja," tegas beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu mendakwa, keputusan itu dibuat pada mesyuarat hari ini berasaskan nasihat dari segi perundangan serta aspek ketenteraman dan keselamatan awam


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Join and receive

produce updates.

Y! Groups blog

the best source

for the latest

scoop on Groups.

.

__,_._,___

No comments: