Bonus untuk kakitangan awam jika BA menang - Husam
| Abdul Halim Mohd Rashid Tue | Mar 04, 08 | 6:37:30 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Kira-kira 850,000 kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana akan diberikan bonus ihsan jika pakatan Barisan Alternatif (BA) memenangi pilihan raya umum kali ini, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa. Ketika ditanya mengenai pengumuman beliau mengenai perkara itu dalam ceramahnya di Machang semalam, beliau berkata, PAS akan memastikan pemberian bonus itu jika pakatan BA memenangi pilihan raya kali ini. "Kira-kira 850,000 kakitangan awam adalah antara yang paling terbeban dengan kenaikan kos hidup sekarang. "Hari ini, harga runcit ayam pula naik 35 sen sekilogram menjadikannya RM5.50 sekilogram berbanding RM5.15 sebelum ini. Semalam, dalam ceramah di Machang, saya telah memberitahu bahawa harga insuran motosikal 50 cc naik dari RM50 kepada RM115. Ini semua menambahkan lagi tekanan dan bebanan ke atas rakyat," katanya. Beliau berkata, kenaikan demi kenaikan harga semakin membuktikan kerajaan bukan sahaja enggan mengurangkan harga minyak, sekurang-kurangnya 30 sen setiap liter bagi membantu menangani tekanan inflasi, malah tidak mempunyai kebijakan sama sekali untuk membantu meringankan bebanan rakyat. "Malah, kegagalan memberikan bonus kepada kakitangan berpendapatan rendah dan sederhana berpunca dari pembaziran kerajaan dan pengurusan perbelanjaan yang tidak berhemah," katanya. |
Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment