Date:

[harakahdaily] Kakitangan kerajaan, pelajar dikerah hadiri program Abdullah

Kakitangan kerajaan, pelajar dikerah hadiri program Abdullah

Mohd Sabri Said
Tue | Mar 04, 08 | 4:37:54 pm MYT
KEPALA BATAS, 4 Mac (Hrkh) - Semua kakitangan kerajaan, pelajar sekolah dan belia dikerah ke majlis pelancaran i-pintar Sekolah Luar Bandar yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Kepala Batas petang tadi untuk membuktikan sokongan rakyat pada Barisan Nasional (BN) tidak berbelah bahagi.
ImagePelancaran tersebut dirasmikan oleh Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Dato' Seri Hishamudin Husein, Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon dan kepimpinan BN disemua peringkat.

Harakahdaily yang sempat meninjau ke lokasi berpendapat, kebanyakan bukan orang tempatan hadir bertemu beliau di peringkat akar umbi sebaliknya diimpot untuk memastikan kejayaan program.

Kementerian Pendidikan terutamanya mengerahkan semua guru agar ke tempat tersebut untuk mendengar menterinya berucap serta mengambil iktibar atau amanah Dato' Seri Abdullah.

Beberapa buah bas kelihatan berpusu-pusu memasuki persimpangan ke Kepala Batas dan beratus-ratus murid sekolah diasak memasuki ruang tempat duduk di majlis tersebut.

Perbuatan itu sekali gus menambah koleksi penyalahgunaan harta kerajaan semasa kempen pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac akan datang.

Menurut Dato' Seri Abdullah tujuan memperkenalkan i-pintar adalah untuk bahan alatan sokongan kepada keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Ia merupakan satu kaedah terkini dalam sektor pendidikan memfokuskan kepada teknik peka sentuhan membolehkan pendidik mempamerkan visual termasuk laman web serta grafik dengan lebih berkesan di bantu alat pemapar 'Pintar Interactive Whiteboard System'.

'Pintar Interactive Whiteboard System' terdiri daripada tiga teknologi yang digabungkan bersama iaitu sebuah komputer peribadi (PC) dengan perisian, projektor jarak dekat termasuk papan putih khas yang turut disepadukan melalui perisian Pintar Interactive.

Projek tersebut dibiayai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanan (ICU), Jabatan Perdana Menteri melibatkan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Projek tersebut merangkumi Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC, SJKT), Pra Sekolah, Taman Bimbingan Kanak-kanak Kemas, Tabika Perpaduan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Antara sekolah yang terlibat secara langsung ialah Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Sekolah Kebangsaan Pasir Gebu. Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Sek Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Malakoff, Sek Jenis Kebangsaan Cina, Aik Keow, TBK Kemas, Daeratul Maarif Wataniah, Tabika Perpaduan Taman Koskam 1 dan 2, Tabika Perpaduan Bertam Indah 1 dan 2, serta Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Taman Bertam. - mns


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Messenger

Instant smiles

Share photos while

you IM friends.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

.

__,_._,___

No comments: