Projek pusat di Kelantan banyak terbengkalai - MB
| Abdul Halim Mohd Rashid Tue | Mar 04, 08 | 4:44:33 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Sambil mengulangi bahawa tidak ada sebab bagi rakyat Kelantan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN), Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan banyak projek kerajaan pusat di negeri itu yang terbengkalai. Antara lain, katanya, ialah projek menaik taraf longkang di Pengkalan Pasir yang dijanjikan dalam pilihan raya kecil di situ 2005 lalu.Walaupun hampir tiga tahun pilihan raya kecil itu telah berlalu, Tuan Guru memberitau sidang media harian di sini bahawa projek yang dijanjikan itu "sampai sekarang terbengkalai" "Tak ada sebab nak undi Umno (BN). Projek (kerajaan) pusat di Kelantan (banyak yang) terbengkalai, Mengenai sambutan anak-anak Kelantan di perantauan dalam pertemuan dengan mereka di Lembah Kelang baru-baru ini, Tuan Guru menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana sambutan yang begitu hebat. "Ada duit, balik mengundi. Tak ada duit, naik bas yang disediakan oleh parti lawan. Naik bas, takbir (menunjukkan sokongan kepada PAS)," secara berjenaka beliau mengulangi ingatan kepada mereka. Beliau juga menyatakan harapan agar pilihan raya umum 8 Mac ini dijalankan dengan bersih. "Kalau jatuh Kelantan kerana tipu ... Akhirat esok saya akan dakwa (di mahkamah Tuhan)," tegas beliau. Ketika ditanya mengenai konsep negara berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS, Tuan Guru menjelaskan: "Bila dikontrol oleh parti Islam, tentulah kebajikan cara Islam. Kalau setakat kebajikan, komunis pun kata dia buat kebajikan". Kebajikan dalam Islam, katanya, mempunyai kaitan dan berpanjangan hingga ke Akhirat. Islam, katanya, menekankan supaya umatnya melaksanakan ihsan atau berbudi. |
Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

Antara lain, katanya, ialah projek menaik taraf longkang di Pengkalan Pasir yang dijanjikan dalam pilihan raya kecil di situ 2005 lalu.
No comments:
Post a Comment