Date:

[harakahdaily] Pakeda berkampung di Kepala Batas bantu kempen Abdullah

Pakeda berkampung di Kepala Batas bantu kempen Abdullah

Mohd Sabri Said
Wed | Mar 05, 08 | 2:41:41 pm MYT
KEPALA BATAS, 5 Mac (Hrkh) - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam (Pakeda) berkampung di Parlimen P.41 Kepala Batas sejak minggu lalu membantu calon Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Mereka bertekad membantu disebabkan Dato' Seri Abdullah merupakan penaung Pakeda berbeza dengan zaman bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Lokasi operasi Pakeda ialah berhadapan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kepala Batas yang mana banyak bendera 'tiga line' merah, kuning dan hijau berkibar di khemah sehingga mengganggu tempat letak kereta.

Jentera Pakeda ditugaskan, bukan sahaja meronda tetapi juga akan bertindak sebagai samseng bila ada pihak cuba menentang jentera Umno yang sedang mengantung bendera, perayu undi atau semasa kempen dihari pengundi kelak.

Di era Tun Mahathir berkuasa dulu, Pakeda tidak diberikan suara walaupun ada yang bertindak menyokong kepimpinan BN tetapi ia berubah bila Dato' Seri Abdullah diangkat menerajui negara.

Selepas sahaja Dato' Seri Abdullah mengantikan Tun Mahathir, Pakeda terus 'naik tocang' apabila mereka menubuhkan Yayasan Pakeda Malaysia di Kuala Lumpur yang mana banyak projek diagihkan kepada pertubuhan itu sejak kebelakangan ini melalui menantunya, Khairy Jamaludin.

Justeru, sebagai mengingati jasa penaung Pakeda pengikutnya terpaksa bekerja keras memastikan penaung persatuan mereka berjaya atau tidak mengurangkan majoriti yang diperolehi sewaktu pilihan raya umum ke-11 lalu. - mns


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Files to share?

Send up to 1GB of

files in an IM.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

.

__,_._,___

No comments: