Date:

[harakahdaily] Tawaran PAS Bangi

Tawaran PAS Bangi

Dr Shafie Abu Bakar
Wed | Mar 05, 08 | 2:57:48 pm MYT
PAS Bangi di bawah Kawasan Serdang, akan melaksanakan Manifesto Pas Pusat รข€" Kerajaan Beramanah, Adil, Bersih dan Negara Berkebajikan juga Manifesto Barisan Alternatif, iaitu Selangor Bersih Maju dan Berkebajikan.
Bagi Kawasan Dun Bangi, Serdang, lebih-lebih lagi sekiranya kami diberi mandat, kami menawarkan kepada penduduk Dun Bangi perkara-perkara berikut:

Anda Memberi Mandat Kami Memberi Khidmat, Menjaga Kebajikan Rakyat

Mengutamakan Kebajikan dan Kepentingan Rakyat
Menjadi Adun yang aktif di Dewan Undangan Negeri Selangor; membawa permasalahan rakyat dan cadangan penyelesaian.

Membentuk Jawatankuasa Bertindak Dun Bangi, Membuka kaunter, menerima aduan dan bekerja secara berpasukan (jamaah) menangani masalah rakyat.

Mewujudkan hubungan baik dengan pihak berkuasa, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi, NGO-NGO dan individu-individu bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Bekerjasama dengan persatuan penduduk, PIBG, komuniti, untuk kepentingan penduduk.

Merealisasikan DUN Bangi Bandar Sejahtera, Aman, Berilmu dan Prehatin

Bandar Sejahtera
Berusaha melengkapkan DUN Bangi dengan keperluan infrastruktur secara kerjasama dengan pihak berkuasa.

Menjadikan DUN Bangi sebagai Bandar Taman dan bersih.

Menghidup dan menyuburkan semangat gotong royong di kalangan penduduk.

Menyuburkan semangat kejiranan di kalangan penduduk

Menggalakkan kegiatan riadah, sukan dan rekreasi terutama di kalangan anak-anak muda

Bandar Aman
Berusaha menjadikan DUN Bangi sifar dari gejala sosial

Menggalakkan kerjasama di kalangan penduduk menubuhkan persatuan taman bagi memelihara keamanan.

Bekerjasama dengan pihak polis, jabatan agama, MPKj bagi mengekalkan keamanan kawasan DUN Bangi.

Mendekati golongan remaja dan memberi bimbingan sakhsiah dan kaunseling Mengedarkan maklumat tentang jenayah dan langkah-langkah pencegahan

Bandar Ilmu
Mempromosikan DUN Bangi sebagai Bandar Ilmu dengan kegiatan ilmiah.

Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi berdekatan, tokoh-tokoh ilmuan dan badan-badan berkenaan mempertingkatkan imej DUN Bangi sebagai Bandar Ilmu.

Mengadakan wacana ilmiah, agama, budaya dan isu-isu semasa dan menghasilkan penerbitan.

Menggalakkan perkembangan keilmuan melalui masjid, surau dan institusi-institusi agama lain.

Memberi galakan dan insentif kepada anak-anak penduduk Dun Bangi meningkatkan pelajaran.

Prihatin
Membantu ibu tunggal, anak yatim dan miskin berdikari

Mewujudkan bimbingan dan kaunseling

Mendesak pihak berkuasa seperti PKNS dan sebagainya memberi keutamaan untuk penduduk setempat peluang berusaha dan memiliki hartanah

Bekerjasama dengan industri, kilang dan premis perniagaan bagi memberi peluang penduduk tempatan mendapat pekerjaan.

Mewujudkan bimbingan bagi melahirkan usahawan muda

Bangi,
Dr. Shafie Abu Bakar
27 Safar 1429
05 Mac, 2008.


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Y! Messenger

Quick file sharing

Send up to 1GB of

files in an IM.

Best of Y! Groups

Check it out

and nominate your

group to be featured.

.

__,_._,___

No comments: