Date:

[harakahdaily] Rakyat disaji dengan kempen berat sebelah – Nik Aziz

Rakyat disaji dengan kempen berat sebelah â€" Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Wed | Mar 05, 08 | 6:34:38 pm MYT
KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Rakyat Malaysia dilanda ‘musibah’ yang berpanjangan akibat memilih pemimpin yang tidak berpegang ajaran Islam kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Katanya, akibat tamak kuasa pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak pernah adil dalam segala hal termasuk dalam memberikan permit media kepada pihak pembangkang.

“Pemimpin Umno mengekang kebebasan media kerana dibimbangi kecurangan serta kezaliman yang dilakukan mereka terdedah kepada rakyat.

“Kalau benar Malaysia sebuah negara demokrasi, kenapa tidak memberikan permit kepada pembangkang termasuk PAS. Apa yang berlaku sekarang rakyat Malaysia hanya disogok dengan kempen berat sebelah,” katanya selepas majlis penganugerahan Anugerah Amanah Gerak 2008 di sini, hari ini.

Kata beliau nasib malang sentiasa menimpa rakyat di negara ini sekarang akibat mereka tidak pandai memilih pemimpin yang benar-benar bersih mentadbir negara.

Beliau juga mempertikaikan laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini yang menyebut beliau bersedia menerima kekalahan sebagai isu utama.

“Saya kata eh.. tak boleh ke buat berita mengikut kenyataan yang saya cakap, jangan putar kenyataan asal saya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun berita mengenai PAS dimanipulasikan pihak lawan, namun kerajaan Kelantan tidak pernah meminggirkan semua rakyat termasuk penyokong Umno.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, takut kepada Allah merupakan kunci utama baginya menyebabkan beliau menolak amalan rasuah yang cuba disogok korporat tertentu ketika mula-mula mentadbir Kelantan.

“Kerana takut kepada balasan Allah menyebabkan saya menolak sogokan walaupun jumlahnya waktu itu begitu besar sehingga tidak mampu dihabiskan tujuh atau 10 generasi,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas penganugerahan tersebut oleh Gerak.

Katanya, walaupun ditekan sedemikian rupa oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, namun bola yang ditekan dalam air, akhirnya melonjak keluar.

“Macam sebiji bola, kalau kita tekan ia kuat-kuat dalam air akhirnya dia naik melonjak terkena dagu sendiri,” ujarnya. - mj


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Y! Messenger

Instant smiles

Share photos while

you IM friends.

New web site?

Drive traffic now.

Get your business

on Yahoo! search.

.

__,_._,___

No comments: