Date:

[harakahdaily] Penghinaan tanpa batasan tingkat sokongan kepada Tok Guru

Penghinaan tanpa batasan tingkat sokongan kepada Tok Guru

Abdul Halim Mohd Rashid
Wed | Mar 05, 08 | 5:42:11 pm MYT
KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Penghinaan berterusan tanpa batasan oleh para pemimpin Umno menyebabkan rakyat Kelantan bertindak balas dengan meningkatkan sokongan kepada 'kerajaan Tok Guru' (Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat), kata Pengarah Strategik Pilihan Raya KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail.
"Tekanan berlebihan dan serangan berterusan tanpa batasan oleh para pemimpin Umno menyebabkan rakyat Kelantan merasa amat tercabar dan sangat terhina.

"Ramai yang menyuarakan perasaan mereka dan mempersoalkan apakah dosa besar Tok Guru sehingga dilanyak tanpa belas kasihan sebegitu rupa? Akibatnya, rakyat Kelantan bertindak balas dengan menyokong PAS dan KeADILan," kata beliau.

Rakyat Kelantan, katanya lagi, merasa sangat tidak patut mereka dihina tanpa batas sempadan dengan serangan-serangan berterusan para pemimpin Umno ke atas negeri mereka.

"Akibatnya, perasaan kekitaan mereka semakin kental dan solidariti mereka dengan Tok Guru semakin kukuh," kata calon KeADILan bagi kerusi Parlimen Machang itu.

Malah, kata Saifuddin, dalam pertemuan beliau dengan pengundi-pengundi di sebuah kampung bernama Pangkal Kuan, penduduk di situ mengisytiharkan bahawa mereka tidak mahu membebankan Tok Guru dengan meminta pembangunan.

"Walaupun kampung mereka tidak mempunyai jalan tar, bagi mereka, hidup mereka begitu bahagia asalkan surau hidup dan masjid makmur. Rumah-rumah mereka pula seadanya, tidak mewah tetapi tidak pula terlalu dhaif," katanya lagi sambil menekankan Umno tidak akan mendapat apa yang mereka impikan dengan serangan-serangan liar yang bermodalkan janji-janji pembangunan.

Kekayaan yang lebih dihargai oleh para penduduk berkenaan ialah ketenangan dan keselesaan persekitaran mereka, kata beliau lagi.

Menurut Saifuddin, pengundi-pengundi yang tinggal di kawasan bandar termasuk di pejabat-pejabat kerajaan dan ITM Machang lebih prihatin kepada isu-isu yang melibatkan pelbagai skandal, pembaziran dan rasuah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tetapi, bagi pengundi-pengundi di pendalaman seperti di Temangan, Kuala Hor dan Bukit Besi, isu mereka bukan isu (Datuk VK) Lingam atau isu Khairy (Jamaluddin).

"Isu mereka ialah apa yang ada di hadapan mereka, maksudnya pemimpin yang mereka yakin baik, menghidupkan masjid dan mudah didekati," kata Saifuddin.


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Y! Messenger

Instant hello

Chat in real-time

with your friends.

Yahoo! Groups

How-To Zone

Do-It-Yourselfers

Connect & share.

.

__,_._,___

No comments: