Artis bantu calon BN Kepala Batas dan Permatang Pauh
| Mohd Sabri Said Wed | Mar 05, 08 | 7:47:56 pm MYT | |
| PULAU PINANG, 5 Mac (Hrkh) - Selain Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islam (Pakeda), para artis tanah air juga dikatakan turut berkampung di Parlimen P.41 Kepala Batas dan P.44 Permatang Pauh membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum kali ini. ![]() Mereka berkempen dari rumah ke rumah bersama perayu undi wanita Umno bagi memastikan rakyat berbagai lapisan masyarakat memberikan undi pada BN. Antara yang dilihat kelibatnya ialah pelawak terkenal A.R Badul bersama Maidin ditugaskan memasuki kampung di Parlimen Permatang Pauh membantu calon Dato' Pirdaus Ismail. Artis lain ditugaskan menjagai Parlimen Kepala Batas ialah penyanyi dangdut Ani Mayuni, penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, Raja Pop Jamal Abdillah, pelawak sitcom Sepana Jaya, Zaibo serta banyak lagi berlegar legar memasuki kampung serta Pekan Kepala Batas dan Komplek Dato' Kailan. Senario ini jelas membuktikan Umno terdesak sehingga mengarahkan artis kedua-dua lokasi yang dianggap panas pada 8 Mac akan datang. Bagi menghiburkan hati sebahagian rakyat, mereka dikatakan sanggup tinggal di rumah-rumah usang semata-mata habuan yang bakal diterima bila selesai pilihan raya umum kelak. Kelibat mereka juga memalukan kempen kali ini kerana boleh menjatuhkan maruah calon kedua-dua tempat kerana keduanya mempunyai latar belakang agama. "Dato' Seri Abdullah yang memperkenalkan Islam Hadhari dan Dato' Pirdaus seorang bekas Imam Masjid Negara tidak patut guna artis untuk membantu kempen mereka. Tapi apa boleh buat itu merupakan kehendak parti tanpa sedar ia amat memalukan. Sepanduk yang dicetak di beberapa tempat sekitar Parlimen Tasek Gelugor bertajuk 'Islam Hadhari - Siang Mengaji Malam Menari' amat bersesuaian dengan apa yang terjadi," tegur seorang aktivis masyarakat yang enggan dikenali. - mns |
Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___

No comments:
Post a Comment