Tidak angkat pemimpin bersih khianati prinsip Islam - Ezam
| Abdul Halim Mohd Rashid Wed | Mar 05, 08 | 4:07:52 pm MYT | |
| KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK), Ezam Mohd Noor menggesa rakyat Kelantan supaya mempertahankan kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri itu. ![]() "Kerajaan Tok Guru adalah benteng terakhir tamadun ummah, tamadun Islam di negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan benteng terakhir ini," tegas beliau dalam ceramahnya dekat sini malam tadi. Sambil menjelaskan tugas GERAK bukan sahaja membongkar perbuatan rasuah tetapi pada masa yang sama mengangkat pemimpin yang bersih, beliau mengingatkan rakyat Kelantan bahawa kegagalan mereka mengangkat Tuan Guru adalah pengkhianatan kepada prinsip Islam. "Prinsip Islam ialah mengangkat pemimpin yang amanah. Kalau tak angkat pemimpin yang bersih, Saudara khianat kepada prinsip Islam," tegas beliau. Beliau juga mengumumkan bahawa GERAK memutuskan untuk memberikan anugerah pemimpin contoh kepada Mursyidul Am PAS itu kerana komitmennya menentang rasuah. Berbeza dengan hampir semua menteri besar dan ketua menteri yang lain di negara ini, kata Ezam, Tuan Guru bersih dari tuduhan rasuah walaupun telah mengetuai pentadbiran Kelantan selama 18 tahun. Ezam juga mempertikaikan penapisan yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ke atas calon-calon Barisan Nasional (BN). Beliau memberitahu, pihaknya sebelum ini telah membawa kes calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya, Datuk Ismail Kijo kepada BPR. Pihaknya, katanya, mengiringi seorang Ketua Cawangan Umno dalam bahagian Ampang yang mengemukakan laporan ke atas Ismail. Dalam pertemuan dengan BPR, Ezam membritahu, pihaknya mempertikaikan cara penapisan yang dibuat oleh BPR ke atas calon-calon BN itu. Sebelum itu, beliau meminta senarai nama mereka yang tidak lulus tapisan Umno memandangkan mereka tidak pernah didakwa. BPR bagaimanapun enggan memberikan kerjasama untuk menyerahkan nama-nama mereka kepada GERAK |
Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.
Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
.
__,_._,___



No comments:
Post a Comment