Date:

[harakahdaily] Umno gunapakai taktik 2004 di Terengganu dalam misi tawan Kelantan

Umno gunapakai taktik 2004 di Terengganu dalam misi tawan Kelantan

Wartawan Kita
Thu | Mar 06, 08 | 4:14:03 pm MYT
KOTA BHARU, 6 Mac (Hrkh) â€" Umno Kelantan kini difahamkan bakal menggunakan taktik serupa yang pernah dilaksanakan di Terengganu dalam misi menawan Kelantan Sabtu ini.
Kali ini bukan anak Kelantan yang berada di perantauan menjadi target, sebaliknya rakyat dari Thailand dan Indonesia yang diberi kad pengenalan difahamkan sedang dipunggah ke Kelantan.

Menurut sumber pengundi tidak dikenali itu sedang dihimpunkan di lokasi tertentu di Kuala Lumpur sebelum diangkut ke sini.

Sumber lain pula memberitahu kira-kira 30,000 rakyat dari Thailand dan Indonesia baru mendapat kad pengenalan dan dijangka dihantar ke Kelantan untuk mengundi pada 8 Mac ini.

Mereka akan diangkut ke Selangor dan Kuala Lumpur sebelum berkonvoi ke Kelantan.

Selain itu kira-kira 4,000 pelajar daripada institusi pengajian tinggi juga akan bertolak ke Kelantan malam ini.

Pelajar terbabit difahamkan diberi duit poket sebanyak RM250 setiap seorang dan akan diangkut dengan bas bagi mengundi di kawasan yang telah ditetapkan.

“Andaian itu dapat dilihat apabila Ketua Polis Negara sendiri turun ke bawah sekarang dan telah memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengganggu mereka yang mahu pulang mengundi,” kata satu sumber.

Menurutnya kenyataan itu dilihat selaras dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan cadangan menggunakan dakwat, biar pun lebih RM1 juta telah dibelanjakan bagi membeli dakwat di luar negara.

Dan lebih melucukan lagi Umno Kelantan difahamkan sedang menyiapkan kabinet bayangan Exco kerajaan negeri untuk mentadbir Kelantan.

Difahamkan satu majlis 'reherseal' atau simulasi bagi majlis angkat sumpah Menteri Besar dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri akan diadakan.

Bahkan, Umno juga sedang menyiapkan senarai profil anggota Exco baru yang akan mentadbir Kelantan. - mj


Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Instant hello

Chat in real-time

with your friends.

John McEnroe

on Yahoo! Groups

Join him for the

10 Day Challenge.

.

__,_._,___

No comments: