Date:

[harakahdaily] Akhbar berbahasa Cina kecewa ucaptama tiada dalam tulisan rumi

Akhbar berbahasa Cina kecewa ucaptama tiada dalam tulisan rumi
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Aug 14, 08 | 1:49:48 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Rata-rata akhbar bebahasa Cina kecewa dengan
Muktamar Ulama PAS Pusat hari ini, yang hanya menyediakan satu versi
teks buku ucaptama Ketua Dewan Ulama yang bertemakan 'Ulama Tonggak
Perjuangan'.

Wartawan-wartawan dari akhbar Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China
Press, Kwong Wah, Guang Min Daily dan Oriental Daily gagal mengutip
bahan berita dari ucapan yang disampaikan ditambah lagi tiada bahan
rujukan dalam tulisan rumi.

Seorang wartawan Nanyang Siang Pau, Phuan Im Wah berkata, pihak
urusetia patut menyediakan bahan dalam tulisan rumi sama ada berbahasa
Malaysia atau Inggeris bagi memudahkan mereka faham tentang isu-isu
yang dibangkitkan.

Jelas beliau lagi, pelbagai istilah Arab yang terdapat dalam ucaptama
amat memerlukan pemahaman yang tepat dan ejaan yang betul.

Beliau berharap pada masa akan datang, PAS memkirkan mekanisme terbaik
untuk menyampaikan bahan kepada akhbar-akhbar berbahasa Cina dalam
tulisan atau bahasa yang mereka fahami.

Sebelum itu, dua wartawan akhbar berbahasa Cina dilarang masuk ke
pusat media muktamar kerana gagal menunjukkan PAS media kepada pasukan
keselamatan yang bertugas.

Dari tinjauan Harakahdaily mendapati ramai wartawan yang bertugas
terpaksa berdiri kerana kerusi tidak mencukupi. Kehadiran mereka pada
kali ini cukup luar biasa dan tidak diduga sama sekali.- (tmj) _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Learn to live

a full life with these

healthy living

groups on Yahoo!

.

__,_._,___

No comments: