Date:

[harakahdaily] 'Islamic State' atau 'Kelantan State' berjaya di Kelantan - Dato Nik Aziz

'Islamic State' atau 'Kelantan State' berjaya di Kelantan - Dato Nik Aziz
Intan Abdullah
Sun | Aug 17, 08 | 2:27:16 pm MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak harus berasa ragu
dengan konsep negara yang menerapkan Islam kerana ianya telah berjaya
dijalankan di Kelantan.

Ujarnya, hal tersebut telah berjaya dilaksanakan di negeri Kelantan
sepanjang 18 tahun PAS memerintah negeri itu.

"Nak kata 'Islamic State' ke, Kelantan 'State' ke, Pakatan 'State' ke,
katalah apa-apa, yang di Kelantan itu yang saya buat," tegasnya pada
sidang media di muktamar Tahunan PAS kali ke-54 hari ini.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar kelantan menegaskan sekiranya
Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan agenda Islam
masih tetap akan diteruskan dengan menjadikan Kelantan sebagai contoh
atau panduan.

"Saya cadangkan kita tiru apa yang telah dibuat di Kelantan, jika ada
yang tidak bersetuju dan sebagainya hal tersebut hendaklah
diperbincangkan," ujarnya lagi pada sidang media Muktamar Tahunan PAS
Ke 54 yang telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Dalam mengulas isu sumpah kes liwat oleh Saiful Bukhari Azlan, beliau
menjelaskan apa yang dilafazkan boleh diterima berdasarkan Islam namun
ianya tidak kena dari segi perbuatannya.

"Mana ada kena bersumpah, kita kena pegang al-Quran? Itu amalan
Kristian. Dan ianya tidak mesti dibuat di masjid, di rumah pun boleh,"
katanya lagi.

Dalam pada itu, menjawab soalan yang dikemukakan pemberita, beliau
tidak gusar dengan kemungkinan terhakisnya pengaruh ulama dalam
kepimpinan parti yang bakal menerajui era kemenangan tidak lama lagi.

Hari ini, sidang muktamar dijangka akan berakhir selepas tiga hari
bersidang di Ipoh.- (tmj)_

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Join and receive

produce updates.

.

__,_._,___

No comments: