KeADILan akan siasat individu yang memukul wartawan
Mohd Zamirul Mohd Dzaki
Sun | Aug 17, 08 | 2:40:28 pm MYT
PERMATANG PAUH, 17 Ogos (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan
menyiasat pihak yang didakwa ahli parti tersebut memukul wartawan pada
hari penamaan calon semalam.
Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam
sidang medianya di Yayasan Aman sebentar tadi."
"Kita tidak akan bertolak ansur dalam hal ini, dan saya tegaskan baik
ahli KeADILan, PAS atau DAP mereka tidak akan terlepas jika mereka
membuat salah," katanya.
Di masa sama beliau tidak menolak kemungkinan kejadian tersebut
dilakukan oleh bukan ahli Parti KeADILan Rakyat.
Ini kerana katanya, baju berlambang KeADILan yang dipakai individu
tersebut tidak semestinya melambangkan dia ahli parti kerana ia boleh
didapati di mana-mana.
"Seperti mana kejadian di Tapak Ekspo Seberang Jaya yang lalu, setelah
siasatan dijalankan kami mendapati pihak yang terlibat bukan dari
kalangan ahli parti," katanya.
Dato' Seri Anwar juga mengingatkan wartawan terutamanya dari media
arus perdana seperti Utusan dan TV3 agar melaporkan hal ini dengan adil.
"Mengapa budaya samseng hanya dikaitkan dengan KeADILan, di Ijok
Khairi bersama pemuda Umno bertindak membaling botol tapi mengapa ia
tidak dilabel sebagai samseng," katanya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Presiden Parti KeADILan Rakyat
Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali,
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan Majlis Pimpinan Tertinggi
KeADILan, Dr Mansor Othman. - mns_
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment