Kelab Penyokong PAS mahu diangkat jadi dewan
Lanjusoh
Sun | Aug 17, 08 | 2:54:53 pm MYT
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS Kebangsaan bimbang isu
muzakarah dengan Umno boleh menyebabkan sokongan ahli-ahli kelab itu
berubah pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya, Hu Pang Chaw melahirkan rasa kebimbangan dengan isu
muzakarah yang dicanangkan media massa sebelum ini.
"Kalau berunding dengan Umno kita takut ahli-ahli kelab penyokong PAS
akan lari tinggalkan PAS," katanya pada ucapan penangguhan pada
muktamar kali ke-54 di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.
Beliau juga mencadang diwujudkan Dewan Kelab Penyokong PAS bagi
membolehkan ahli-ahli kelab membantu memajukan PAS dengan lebih meluas
lagi.
Oleh itu beliau mencadangkan PAS meminda perlembagaannya untuk
membolehkan dewan itu ditubuhkan.
"Kita berharap dewan baru tersebut boleh menjadi salah satu sayap
parti. Ini boleh mewujudkan senario baru untuk memberi ruang ahli
menyatakan pandangan mereka.
"Oleh itu jawatankuasa teknikal boleh diwujudkan bagi memikirkan
perkara itu," katanya.
Beliau juga berkata, sokongan rakyat bukan Islam terhadap PAS dan
Pakatan Rakyat telah memberi kemenangan besar di lima negeri pada
pilihan raya umum lalu.
"Rakyat sudah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir
lima negeri. Ini adalah satu ujian.
"Rakyat juga hendak tahu ke mana hala tuju kita dalam menegakkan
hak-hak rakyat yang sudah lama berada dalam belenggu semasa di bawah
pemerintahan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Beliau juga mahu PAS menunaikan janji-janji yang ditabur pada pilihan
raya umum lalu bagi memastikan sokongan rakyat tidak berubah.
Menurutnya PAS bukan parti yang hanya menabur janji kosong
semata-mata, contohnya di Kelantan berjaya menarik lebih ramai lagi
sokongan orang bukan Islam pada pilihan raya umum lalu.
Katanya undi yang diraihkan PAS di Dun Kota Lama dan Galas di Kelantan
dan Kota Raja di Selangor meningkat secara mendadak pada pilihan raya
umum lalu hasil sokongan masyarakat bukan Islam.
Beliau juga mencadangkan negeri-negeri Pakatan Rakyat dapat melakukan
yang terbaik untuk dieskport ke negeri-negeri yang masih berada di
bawah kerajaan BN.
Beliau juga berkata, keahlian Kelab Penyokong PAS semakin meningkat
dan akan dikembangkan ke Sabah tidak lama lagi.
Beliau juga mencadangkan kerajaan Kedah melantik pegawai yang tahu
berbahasa Cina dan Tamil bagi memantau berita yang disiarkan media
bukan Melayu. - mj _
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment