Date:

[harakahdaily] Penjelasan Presiden rungkaikan kegusaran perwakilan

Penjelasan Presiden rungkaikan kegusaran perwakilan
Lanjusoh, Mohd Nor Yahya
Sun | Aug 17, 08 | 3:50:51 pm MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang
mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan
dapat merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu
muqabalah (muzakarah).

"Ucapan penangguhan presiden diharap dapat memberi kefahaman yang
lebih jelas kepada seluruh perwakilan dan pemerhati bagi memastikan
mereka tidak keliru lagi," katanya selepas muktamar berakhir.

Menurutnya penjelasan itu dapat merungkaikan segala permasalahan yang
ditimbulkan perwakilan sebelum ini.

Ucapan penangguhan ringkas dan penuh bermakna itu dirungkai Presiden
PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk dibawa balik perwakilan dan
pemerhati.

Beliau berkata, laporan media sama ada cetak atau elektronik yang
membesarkan isu tersebut sebelum ini seolah-olah menggambarkan sesuatu
yang besar berlaku pada muktamar kali ini.

"Muktamar ini dikatakan tak boleh dikawal dan berlaku perpecahan hebat
seperti mana digambarkan media massa.

"Sedangkan kita ada rahsia, di mana Islam mengajar kita untuk berparti
atau berjemaah untuk wala' kepada pemimpin.

"Muktamar sebenarnya tempat kita berkhilaf pendapat, berbahas dan
bertukar pandangan. Adab inilah kita amalkan dalam muktamar ini. Ia
hedaklah dihafal dan diamal oleh ahli bagi memperkasakan parti," katanya.

Beliau berkata, ahli parti hendaklah berilmu, beriman dan berakhlak
melalui program tarbiyah.

Beliau juga berkata, agenda kerajaan Pakatan Rakyat hendaklah
dilaksana dengan melahirkan Majlis Menteri Besar melibatkan semua
pemimpin peringkat kerajaan.

Menurutnya juga Kelab Penyokong PAS akan diperkasakan di mana sebelum
ini ada cadangan mahu melantik mereka sebagai senator.

Namun katanya belum lagi ada persediaan untuk mereka sebagai senator
memandangkan ia melibatkan banyak prosedur.

Selain itu ada juga cadangan melantik senator dari kalangan ahli PAS
di Sabah dan Sarawak di negeri-negeri yang diterajui kerajaan Pakatan
Rakyat.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PAS Perak kerana
berjaya menjadi tuan rumah muktamar kali ini. mj_

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Y! Messenger

Instant smiles

Share photos while

you IM friends.

.

__,_._,___

No comments: