Puteri Umno tukar imej untuk rayu undi
Azamin Amin
Mon | Aug 18, 08 | 9:33:17 am MYT
PERMATANG PAUH, 18 Ogos (Hrkh) Puteri Umno yang ditugaskan ke
kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi
akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan
berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.
Tinjauan dan maklumat yang diperolehi mendapati usaha mereka dilihat
masih gagal melaksanakan tugasan merayu simpati agar penduduk
Permatang Pauh berubah undi kepada Barisan Nasional (BN) yang
dikatakan lebih relevan pada masa ini.
Malah tindakan merayu undi menambah kemarahan penduduk beberapa buah
kampung yang dimasuki oleh Puteri Umno kerana kurang senang dengan
tingkah laku atau pujukan yang dijalankan seolah-olah penduduk di
Permatang Pauh kurang faham situasi negara apatah lagi cara terbaik
untuk memilih kepimpinan negara.
Setakat ini pengaruh Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap
terpahat di hati rakyat Permatang Pauh berbanding calon BN, Dato'
Ariff Shah Omar Shah yang hanya lebih dikenali di Dewan Undangan
Negeri (Dun) Seberang Jaya sahaja.
Oleh kerana itu menurut sumber, Puteri Umno dan gerak kerja parti BN
hanya tertumpu di Dun Sebarang Jaya berbanding di Dun Permatang Pasir
dan Penanti kerana cara mereka tidak diterima ramai.
Para pengundi juga diminta berhati-hati melihat wanita berkebaya,
berbaju kurung, bertudung labuh atau berseluar jeans kerana khuatir
Puteri Umno menyamar sebagai perayu undi KeADILan atau PAS dan
perbezaan yang jelas kelihatan ialah tindakan mereka yang mengaitkan
kes liwat, peristiwa sumpah oleh Saiful atau membandingkan keramahan
Dato' Ariff Shah dengan orang ramai.-Aza _
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment