Ke mana pergi calon Akim?
Mohd Sabri Said
Tue | Aug 19, 08 | 12:22:20 pm MYT
PERMATANG PAUH, 19 Ogos (Hrkh) - "Mana dia calon Angkatan Keadilan
Insan Malaysia (Akim) yang kalut masuk bertanding sama. Kami nak
jemput dia bagi ceramah atau penerangan kenapa dia turut bertanding
melawan calon Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim," demikian
reaksi spontan orang kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh yang
ingin bersemuka dengan calon berkenaan, Hanafi Hamat.
Tinjauan Harakahdaily semalam mendapati rata-rata para pengundi
terutamanya penyokong Pakatan Rakyat tertanya-tanya ke mana perginya
calon Akim itu.
Dengar khabar beliau merupakan orang upahan Umno-Barisan Nasional (BN)
yang dibayar tunai untuk kos pencalonan dan sedikit habuan sebagai
wang saku yang datang dari Pasir Puteh, Kelantan.
Saudara Ramli Hasan 56 berkata, jika terserempak dengan individu
bernama Hanafi Hamat pastinya beliau sendiri akan menjemput mengadakan
ceramah di halaman kediamanya di Taman Guar Perahu dalam Dewan
Undangan Negeri (Dun) Penanti pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya ia boleh memberinya peluang ujar beliau, sebagai
penerangan khas kenapa beliau masuk bertanding atau adakah PAS yang
ada sudah jauh menyimpang dari dasar Islam sebenarnya.
"Kalau saya jumpa pasti saya ajak bagi ceramah di depan rumah saya.
Masalahnya tak jumpa mungkin dah cunggik balik Kelantan," tegasnya.
Puan Umi Kalthum Ali 50 pula menyifatkan, kemasukan calon Akim itu
umpama kacau daun dalam pergelutan antara BN dan Pakatan Rakyat di
Permatang Pauh.
Jika dia benar-benar ingin bertanding kenapa sampai hari ini gagal
dikesan di mana beliau berada. Adakah beliau bersembunyi setelah
mendapat sedikit habuan untuk makan sebulan dua atau lari terus ke
Kelantan setelah di 'boo' penyokong Pakatan Rakyat semasa penamaan
calon di Maktab Perguruan Tungku Bainun, Bukit Mertajam pada 16 Ogos
lepas, katanya.
"Kami penduduk Seberang Jaya ingin melihat kelibatnya di sini bukannya
masuk bertanding lepas itu cabut lari," jelasnya.
Beliau pasti, calon sebegini akan hilang wang pertaruhan dan malu
sendiri hasil perbuatan yang tidak bertanggungjawab. - mns_
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.

Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment