Date:

[harakahdaily] 13 Anggota Parlimen Sabah akan sertai Pakatan Rakyat

13 Anggota Parlimen Sabah akan sertai Pakatan Rakyat
Harakahdaily
Tue | Aug 19, 08 | 3:33:06 pm MYT

BUKIT MERTAJAM, 19 Ogos (Hrkh) - Bernama melaporkan Naib Presiden
KeADILaan Dato' Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 anggota Parlimen dari
Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Dato' Seri
Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26
Ogos ini.

Menurutnya kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui
beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.

"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen)
yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihan raya
kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit
di sini malam tadi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, dua anggota Parlimen adalah dari
Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.

Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 anggota Parlimen lagi
untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen
Barisan Nasional (BN). - mr_

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Curves on Yahoo!

Share & discuss

Curves, fitness

and weight loss.

Get in Shape

on Yahoo! Groups

Find a buddy

and lose weight.

Yahoo! Groups

Real Food Group

Share recipes

and favorite meals.

.

__,_._,___

No comments: