Date:

[harakahdaily] MB rakam terima kasih kementerian bantu sekolah Yik

MB rakam terima kasih kementerian bantu sekolah Yik
Lanjusoh
Tue | Aug 19, 08 | 6:24:49 pm MYT

KOTA BHARU, 19 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan merakam ucapan
terima kasih kepada kerajaan Persekutuan di atas pendaftaran 20
sekolah agama rakyat (SAR) dengan Kementerian Pelajaran bagi
membolehkan bantuan kewangan disalurkan.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alangkah manisnya jika
sikap lunak seperti itu dapat diamalkan lebih awal dahulu.

"Langkah ini adalah usaha permulaan ke arah melihat tanggungjawab
memelihara agama, sesungguhnya ia adalah peranan bersama.

"Ia sekaligus menghidupkan semula saluran bantuan perkapita kepada SAR
di seluruh negara yang dihentikan sejak Mac 2002.

"Kami cukup menghargai kesudian Kementerian Pelajaran menerima
kedua-dua syarat yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya dalam
sepucuk surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 14 Ogos lalu.

Pada 12 Ogos lalu berlangsung majlis menandatangani perjanjian
persefahaman di antara Kementerian Pelajaran dan Yik bagi membolehkan
20 sekolah agama bantuan kerajaan negeri didaftar di bawah kementerian.

Turut hadir menyaksikan majlis penuh bersejarah itu Menteri Pelajaran,
Dato' Seri Hishamuddin Hussien dan pegawai kanan kementerian. Majlis
itu diadakan di Balai Islam, Lundang.

Menteri Besar berkata, biar pun pendaftaran dibuat namun kurikulum
sekolah agama tidak dipinda.

Manakala pelantikan, penempatan, pertukaran dan kenaikan pangkat guru
serta kemasukan pelajar kekal di bawah bidang kuasa Yik.

"Melalui proses give and take dalam roh kesedaran dan tolak ansur demi
kebaikan bersama inilah saya melihat indahnya persefahaman yang
berlangsung baru-baru ini.

"Alhamdulillah dengan termenterainya MoU antara Kementerian Pelajaran
dan Yik maka rasmilah pendaftaran 20 sekolah agama negeri sebagai
sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).

"Semoga Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan segala kerja ibadah kita
dalam segenap amal dakwah untuk membawa Islam terus ke hadapan,
InsyaAllah," ujarnya. - mj _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Give Back

Yahoo! for Good

Get inspired

by a good cause.

Y! Toolbar

Get it Free!

easy 1-click access

to your groups.

Yahoo! Groups

Start a group

in 3 easy steps.

Connect with others.

.

__,_._,___

No comments: