Date:

[harakahdaily] Kempen di Permatang Pauh, antara fitnah liwat dan sayang kepada Anwar

Kempen di Permatang Pauh, antara fitnah liwat dan sayang kepada Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Aug 20, 08 | 7:59:34 am MYT

Sejak Sabtu, 16 Ogos 2008 perang bendera di Permatang Pauh telah
bermula dan hari penamaan calon pada tarikh tersebut juga sebagai
penanda kepada bermulanya kempen bagi pilihan raya kecil Parlimen
Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh menjadi cukup singnifikan kepada
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim
tatkala 'hayat politiknya' tersambung semula selepas April lalu
sekatan ke atasnya tamat secara rasminya.

Walaupun sekatan telah tamat, namun kerajaan Umno-BN terus menerus
menggunakan pelbagai ruang terutamanya akhbar dan televisyen untuk
memburuk-burukkan Anwar, dan tidak cukup dengan itu 28 Jun lalu, Anwar
dihidangkan sekali lagi dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya,
Saiful Azlan Bukhari.

Gempar dan gegak gempita seluruh negara hingga ke hari ini dengan
media-media cuba memomokkan kepada rakyat bahawa benar sekali Anwar
meliwat Saiful, sedangkan ketika ini mahkamah pun belum memulakan
perbicaraan kes tersebut.

Tidak cukup dengan itu Anwar cuba dilagakan dengan Presiden PAS, Tuan
Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dengan segaja tulisan yang
diterbitkan media arus perdana hanya semata untuk meyakinkan Pakatan
Rakyat kini berpecah.

walaupun hakikatnya Anwar mengakui ada salah faham, tetapi salah faham
tersebut tidak serius dan tidak boleh menggoncang keutuhan Pakatan Rakyat.

Walhal kata Anwar, yang berpecah kini adalah Barisan Nasional dan
dalaman Umno itu sendiri yang tertempias dari pergeseran dalaman yang
menyebabkan kini parti nasionalis itu mula 'meroyan' mencari mangsa
untuk 'dikambing hitamkan'.

Selepas sekian lama terpenjara dalam tahanan kerajaan BN, tahun 2004,
Anwar bebas dengan bersyarat namun syarat itu terlerai pada April 2008
yang menyebabkan kini Anwar kembali ke persada politik menyertai
pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Tarikh 26 Ogos 2008 sangat dinantikan penduduk Permatang Pauh apabila
bekas ahli Parlimen mereka kini kembali menaruh harapan untuk berjuang
mewakili rakyat sejak terpaksa meninggalkan posisi empuk dalam BN
kerana fitnah 1998.

Kembalinya Anwar kali ini bagaimanapun masih dibayangi dengan
tuduhan-tuduhan ke atasnya, dan skrip paling mencabar kematangan
politik Anwar ialah pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari sehari
sebelum penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

Tatkala itu Anwar sudah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan
menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh walaupun beberapa hari
sebelum itu dibayangi dengan tindakan kerajaan mengheret beliau ke
mahkamah atas tuduhan liwat.

Dalam tinjauan di Permatang Pauh, sejak kempen bermula suasana
masyarakat di sini tiada bezanya cuma sebelah malam lebih sibuk
memandangkan adanya ceramah-ceramah kelompok, mesyuarat di sana-sini,
program turun padang bakal wakil rakyat baru, program makan-makan
memujuk hati pengundi dan program hiburan tajaan Umno-BN.

Seorang kenalan penulis, Azman Haron yang juga seorang peguam di
Permatang Pauh menceritakan perihal kempen Umno-BN kali ini termasuk
kempen Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dengan yakin Azman memberitahu, kempen Najib sedikitpun tidak
menjejaskan tanggapan masyarakat Permatang Pauh terhadap Anwar, malah
pengundi rata-rata menolak isu fitnah yang dimainkan Umno dalam kempen
di sini.

Kempen-kempen menggunakan jentera Puteri Umno dengan wajah dan pakaian
seksi sekalipun tidak mampu membuka 'nafsu' pengundi di Permatang Pauh
untuk menoleh pandangan kepada Umno, kata rakan penulis itu.

Kenyataan yang sama juga diberikan Adun Permatang Pasir, Hamdan Abdul
Rahman kepada penulis tatkala menziarahi beliau di pejabatnya semalam
bahawa kehadiran jentera Umno di Permatang Pauh tidak mendapat
sambutan penduduk.

Sebaliknya ujar Hamdan, sambutan hangat hanya berlaku dalam
program-program kempen Anwar hingga jalan sesak dibuatnya.

Di kawasan Permatang Pasir sendiri, Hamdan menjelaskan kepada penulis
bahawa cukup sukar bagi Umno untuk menembusi kesetiaan pengundi kepada
Anwar yang pernah menjadi wira mereka sewaktu memimpin Parlimen
tersebut sejak 1982 hingga 1998.

Terpelantingnya Anwar dari Umno tidak memberi kesan kepada
penyokongnya dari parti asalnya itu, sebaliknya kini penyokong
setianya terus menurut langkah Anwar termasuk menunjukkan taat setia
dengan memilih isteri Anwar, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
mewakili Parlimen tersebut selepas Anwar terpenjara hingga eddah
politiknya tamat.

Walaupun didada-dadah akhbar serta dikaca-kaca televsyen, Anwar
digambarkan sebagai pengkhianat, pemimpin yang rosak moralnya, dan
pemimpin yang kononnya mengkhianati Melayu, namun di hati pengundi
Permatang Pauh, nama Anwar dinanti sebagai mewakili hasrat mereka.

Biar pun Najib dan konco-konco Abdullah Ahmad Badawi membawa segala
macam emas berlian dan permata di Permatang Pauh selain janji yang
disifatkan penduduk sebagai 'janji kosong' calon BN, Dato' Arif Shah
Omar Shah, hati pengundi tidak berganjak mahukan perubahan dilakukan
Anwar.

Jalan menuju ke Putrajaya kini menjadi ayat keramat kepada penduduk
Permatang Pauh yang mahukan perubahan setelah melihat 10 tahun mereka
dipinggirkan arus pembangunan kerana dendam Umno-BN di parlimen ini
yang diumpamakan sebagai 'ladang bakti' Anwar kepada rakyat.

Pesan Anwar kepada penduduk Permatang Pauh semasa kunjungan penulis
menemubual beliau di Yayasan Aman Selasa 19 Ogos, bahawa merekalah
agen kepada perubahan yang mereka impikan selama ini, dan di tangan
merekalah terletak kehendak perubahan itu. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Yahoo! Groups

Come check out

featured healthy living

groups on Yahoo!

Moderator Central

Yahoo! Groups

Join and receive

produce updates.

.

__,_._,___

No comments: