Date:

[harakahdaily] Anwar sanggah fitnah, puji jentera kempen PAS

Anwar sanggah fitnah, puji jentera kempen PAS
Azamin Amin I azaminamin@yahoo.com
Wed | Aug 20, 08 | 9:04:43 am MYT

PERMATANG PAUH, 20 Ogos (Hrkh) - Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar
Ibrahim membidas dengan tegas fitnah bahawa kononnya PAS tidak bersama
membantu kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh yang sedang
berlangsung semenjak 16 Ogos lalu.

Ini termasuk manipulasi media yang cuba menggambarkan hubungan retak
antara KeADILan dan PAS lanjutan perbahasan perwakilan Muktamar PAS
yang ke-54 di Ipoh baru-baru ini.

"Di Permatang Pauh ini sendiri sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS
tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara
sekali dan kerjasama PAS cukup baik.

"Dalam satu majlis baru-baru ini ramai pemimpin PAS datang. Saya
katakan kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan,
tetapi ini tak dilaporkan oleh media arus perdana," katannya ketika
diwawancara Harakah secara eksklusif petang semalam di Bangunan
Yayasan Aman di Permatang Pauh.

Katanya media milik Umno sudah tentunnya memperbesarkan pandangan
dalam muktamar PAS yang berlaku malah tidak terkecuali dalam kongres
KeADILan dan DAP yang akan datang seolah-olah KeADILan di Kedah dan
Perak merasa tidak puas hati dengan kerajaan negeri untuk memecah
belahkan Pakatan Rakyat.

"Seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan
negeri, ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan
ketegangan, namun ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk
mencetus kemelut kononnya.

"Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka
yang tidak berpuashati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini
bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya," katanya.

Soal adanya kritikan dalam muktamar PAS baru-baru ini adalah terpulang
kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam pakatan dan beliau
menyifatkan kekeliruan yang timbul itu sebab wujudnya kerja fitnah
akhbar arus perdana, kata Anwar

"Kalau tengok Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan
kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.

"Selain itu kalau dengar doa oleh Ketua Dewan Ulama, Ustaz Mohd Daud
Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam pakatan semakin
kuat, ini satu signal yang jelas bagi saya, cara mereka hormati kami
dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan," katanya
mengakhiri perbualan memandang terpaksa bergegas ke aktiviti selanjut
bertemu masyarakat.-az_

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

John McEnroe

on Yahoo! Groups

Join him for the

10 Day Challenge.

.

__,_._,___

No comments: