Date:

[harakahdaily] Pendekatan Singapura dalam isu bilateral serupai Israel

Pendekatan Singapura dalam isu bilateral serupai Israel
Mat Zain Mat Isa
Wed | Aug 13, 08 | 10:31:09 am MYT

Tidak habis-habis nampaknya negara jiran kita di selatan tanah air
membuat karenah dan mengkhianati kepercayaan yang negara kita hulurkan.

Setelah berjaya membuat Malaysia berputih mata dalam kes perebutan
Pulau Batu Putih secara undang-undang sebelum ini, kini republik itu
dikatakan semakin berani memperluaskan kawasan 'takluknya' di Pulau
Pisang pula.

Media massa negara sejak beberapa hari lalu kembali hangat
memperkatakan karenah dan tindakan mencurigakan negara jiran itu.
Timbul laporan mendakwa Singapura menjalankan kerja-kerja pembesaran
rumah api Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian, Johor.

Menteri Luar, Dato' Seri Dr Rais Yatim memberitahu, pegawai Malaysia
dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura diarahkan
menyiasat dakwaan itu.

Menurut rekod, Singapura diberikan hak mengurus rumah api di laluan
masuk ke Selat Melaka itu menerusi perjanjian pada 1900 yang dimeterai
antara Sultan Johor dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Kawasan
diperuntukkan bagi pengurusan rumah api itu hanya seluas 0.4 hektar.
Ia kini diuruskan Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura.

Apa yang kini menimbulkan curiga ialah apabila pihak republik itu
dikatakan membuat pembesaran kepada rumah api tersebut. Tinjauan
beberapa pihak ke pulau berkenaan mendapati terdapat satu lapisan
pagar baru mengelilingi kawasan rumah api.

Waris kepada pemilik tanah di pulau tersebut malah mendakwa sebahagian
kawasan berpagar itu telah dibina di dalam tanah milik mereka.
Terdapat kes di mana kawasan ditakluk Singapura itu membabitkan
pemusnahan kebun milik rakyat negara ini. Ia dikatakan telah berlaku
sejak beberapa tahun lalu.

Terdapat 15 buah rumah di Pulau Pisang dan kebun buah-buahan yang
dimiliki oleh 87 penduduk tempatan, selain kawasan Perkuburan Orang
Islam berusia lebih 200 tahun serta tapak surau lama.

Kedaulatan negara kita bagaikan dicabar apabila jeti yang digunakan
pihak berkuasa Singapura untuk ke rumah api tersebut ditandakan
sebagai jeti persendirian. Bahkan terdapat papan tanda dilarang masuk
oleh pihak berkuasa Singapura. Apakah kawasan itu juga telah menjadi
jajahan takluk republik itu?

Bukan hendak berburuk sangka dengan negara jiran kita itu.
Bagaimanapun, mengambilkira tuntutan khianat republik berkenaan dalam
kes Pulau Batu Putih sebelum ini, ada munasabahnya jika kerajaan kita
lebih mencurigai tindakan Singapura itu.

Sebetulnya, pendekatan diambil Singapura dalam beberapa isu bilateral
dengan negara kita sebelum ini sangat meyerupai sikap dan tindakan
kaum Yahudi ke arah membentuk negara haram Israel dulu.

Yahudi menakluki tanah milik penduduk Arab Palestin dulu secara seinci
demi seinci. Ia bermula dengan tindakan membeli tanah milik
orang-orang Arab dengan tawaran harga yang tinggi. Ramai penduduk Arab
seakan berlumba-lumba menjual tanah apabila tersilau dengan wang
ringgit dan janji pembangunan di kawasan mereka.

Mufti Palestin ketika itu, Sheikh Aminul Hussaini dikatakan telah
mengeluarkan fatwa mengharamkan penduduk Palestin menjual tanah mereka
kepada Yahudi. Ulama itu telah dapat mengesan niat jahat dan
perancangan jangka panjang bangsa laknat itu sebenarnya untuk
menguasai bumi Palestin.

Fatwa dan pendirian ulama itu bagaimana pun tidak dihiraukan penduduk
Palestin. Mereka merasakan inilah masanya mendapat kekayaan dan
membantu membuka peluang pembangunan ke tempat mereka. Mereka
berkira-kira, apabila pembangunan pesat dibangunkan di negeri mereka
nanti, mereka juga yang akan tumpang senang untuk mencari kerja,
menambah rezeki dan seumpamanya.

Akhirnya, apa yang dibimbangi Sheikh Hussaini itu benar-benar terjadi.
Apabila sudah terdapat sebahagian bumi Palestin menjadi hak milik
mutlak bangsa Yahudi, ia memudahkan mereka melaksanakan perancangan
jahat menakluki bumi negara itu yang selebihnya secara kekerasan.

Usaha mempertahankan bumi Palestin dari serangan Yahudi Zionis semakin
sulit kerana kaum itu sudah ada puak mereka sebagai warga di bumi
Palestin sendiri.

Apakah keterlaluan jika diandaikan bahawa kebodohan penduduk Arab
Palestin dahulu itu seakan terjelma kini di selatan tanahair kita?
Bukankah sudah banyak hartanah di negeri Johor menjadi milik rakyat
Singapura kini?

Apa yang lebih mendukacitakan, usaha menjual bumi Malaysia kepada
warga negara jiran itu bukan setakat dilakukan individu rakyat, malah
dipromosi oleh kerajaan sendiri, terutama menerusi Wilayah Pembangunan
Iskandar atau kini dikenali Iskandar Malaysia.

Projek pembangunan itu telah dipertikaikan banyak pihak akan
kewajarannya. Selain dibimbangi akan dimonopoli syarikat-syarikat
asing, hartanah kawasan berkenaan juga dikatakan cenderung dimiliki
warga Singapura.

Akuilah bahawa selama ini kita terlalu baik dan berlembut dengan jiran
kita itu. Mereka tak ada air, kita bekalkan. Bukan sahaja mereka boleh
mengepam semahu mereka, malah harga kita jual kepada mereka jauh lebih
murah berbanding harga kita kenakan kepada rakyat kita sendiri. Itulah
'cerdiknya' para pemimpin kita!

Mereka nak guna ruang udara untuk menguji penerbangan pesawat pejuang,
kita tidak kisah. Kalau pun ada terdengar suara bantahan tentang
gangguan ruang udara kita, ia hanya bersifat 'melepas batuk di tangga'.

Sebagai rakyat yang bermaruah, kita tidak bersedia melihat kehilangan
lebih banyak kedaulatan ke atas mana-mana bahagian negara kita selepas
ini.

Bukan hanya di Pulau Pisang, bahkan kawasan daratan yang nampaknya
semakin rancak bertukar milik kepada warga Singapura kebelakangan ini.

Nasib malang menimpa Palestin akibat perancangan jahat Israel wajar
dijadikan pengajaran.- tmj/mks._

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Yahoo! Groups

Latest product news

Join Mod. Central

stay connected.

.

__,_._,___

No comments: