Date:

[harakahdaily] Kisah hidup mati di Permatang Pauh dan teori calon BN

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Aug 13, 08 | 10:22:04 am MYT

Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pengumuman tarikh penamaan
calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang
Pauh pada 6 Ogos lalu, seluruh perhatian rakyat tertumpu kepada
Parlimen yang menempatkan sejumlah 58,459 pemilih termasuk 490 melalui
pos.

Pilihan raya kecil di Permatang Pauh kali ini lebih bermakna apabila
ia dikaitkan dengan soal perjalanan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri
Anwar Ibrahim menuju ke Putrajaya

Namun paling menyakitkan lagi, pilihan raya kecil itu juga sebenarnya
menjadi penentu kepada Umno-BN samada akan terus dikuburkan rakyat
tatkala parti pemerntah semakin bergolak dengan kemelut dalaman
pentadbiran goyah, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tanggal 16 Ogos adalah tarikh yang bakal menentukan siapa lawan kepada
Anwar yang akan ditampilkan Umno untuk mencabar populariti bekas TPM
itu sejak Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Parlimen pada pilihan
raya umum 8 Mac lalu.

Pirdaus, Ezam atau Jalil?

Nama-nama seperti, Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Jalil
Abdul Majid disebut-sebut sebagai calon BN selain ada juga suara nakal
yang mahu bekas Ketua AMK, Ezam Mohammad Noor menentang Anwar.

Selain dua nama hangat itu, bekas calon BN semasa Pilihan raya Umum
ke-11 dan 12, Dato' Pirdaus Ismail dan bekas Ahli Parlimen Nibong
Tebal, Dato' Zainol Abidin Othman turut dikaitkan dalam usaha BN
menghalang hasrat Anwar untuk menjadi Ketua Pembangkang di Dewan
Rakyat selepas isterinya meninggalkan jawatan itu 31 Julai lalu.

Paling teruja untuk menentang Anwar ialah, Pirdaus yang juga bekas
imam Masjid Negara yang masih terngiang-ngiang dengan kekalahan teruk
pada pilihan raya umum 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi.

Umum menyedari, walaupun siapa nama yang dijangkakan untuk dicalonkan
BN bagi menentang Anwar, keputusan akhir akan terletak di tangan
Presiden Umno.

Khairy boleh tentukan

Ada kemungkinan Ezam Mohd Noor yang lebih awal mempelawa diri
bertanding melawan bekas bosnya akan mendapat laluan sekiranya menantu
Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin campur tangan dalam pemilihan calon
kali ini.

Ezam kini sangat dikenali dengan ceramah-ceramah perdananya menghentam
Anwar di sana-sini, malah turut menghebahkan dakwaan bahawa beliau
memiliki rahsia besar Anwar.

Seingat penulis, sewaktu Ezam menjadi 'ayam tambatan' Anwar sekitar
1998 hingga 2004, beliau pernah mendedahkan ada 'enam kotak rahsia'
berhubung Umno, namun hingga kini entah ke mana perginya enam kotak
rahsia tersebut.

Mungkin, kotak-kotak itu kini terus menjadi simpanan Ezam yang juga
kenalan penulis selepas beliau bebas dari tahanan dan menubukan
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) bersama rakan, Abdul Ghani
Haroon.

Apa-apapun penulis tidak pernah membuang jauh persahabatan dengan
beliau, walaupun kami berbeza idealogi politik selepas Ezam menyertai
semula Umno beberapa bulan lalu.

Tampak lebih meyakin BN jika Ezam dicalonkan dalam usaha menyerang
Anwar yang sedang berhadapan dengan dakwaan meliwat bekas pembantunya,
Saiful Bukhari Azlan yang telahpun menghadapi pertuduhan di mahkamah 6
Ogos lalu.

Ezam mungkin boleh meyakinkan menantu Perdana Menteri untuk memberi
nasihat supaya namanya diletakkan sebagai calon menentang Anwar dengan
segala pengalaman bersama Anwar sebelum ini.

Laluan mudah dan teori Mahathir

Di pihak Anwar pula, mungkin dengan tercalonnya Ezam mewakili BN, satu
peluang yang lebih cerah boleh diimpikan kerana segala-gala rahsia
bekas Ketua AMK itu ada dalam pengetahuan rakan-rakan dalam KeADILan.

Bekas teman rapat Ezam, Badrul Hisham Shaharin sendiri sebelum ini
beberapa kali mendedahkan dakwaan keterbabitan Ezam dalam konspirasi
memfitnah Anwar.

Apapun, peristiwa 16 dan 26 Ogos ini sedikit sebanyak memberi kesan
kepada politik Umno-BN yang kini mula tidak diyakini rakyat, malah
jika silap percaturan Umno-BN akan berhadapan titik-titik ajal kepada
hayat parti itu.

Namun rakyat tidak boleh meninggirkan beberapa siri kenyataan Perdana
Menteri yang cenderung kepada membentuk fikiran rakyat bahawa BN akan
berusaha mengurangkan majoriti undi.

Penetapan tarikh hari bekerja pada Selasa 26 Ogos bagi pembuangan undi
itu sendiri pun sudah memberi signal awal bahawa BN sedang berusaha
mengurangkan majoriti undi yang dimenangi Wan Azizah pada 8 Mac lalu.

Dengan meletakkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi, usaha
mengurangkan jumlah keluar mengundi mungkin bakal berjaya dan ia akan
menyumbang kepada pengurangan majoriti sekiranyan Anwar menang.

Dengan mengurangkan majoriti undi, Umno sedikit sebanyak akan
menggunakan fakta tersebut untuk dimuatkan dalam media arus perdana
bagi meracuni pemikiran rakyat bahawa sokongan terhadap Anwar berkurangan.

Walhal seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar ia adakah taktik
Umno-BN yang sudahpun dikesan sebaik pengumuman tarikh dibuat SPR.

Namun, segala-galanya akan terjawab sebaik sahaja peti-peti undi
ditutup untuk proses pembuangan undi pada jam 5.00 petang, 26 Ogos 2008.

Apakah ramalan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Anwar akan menang besar
dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi kenyataan,
sama-sama kita nantikan. - mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Find helpful tips

for Moderators

on the Yahoo!

Groups team blog.

Moderator Central

Yahoo! Groups

Join and receive

produce updates.

.

__,_._,___

No comments: