Date:

[harakahdaily] Tafakur: PAS Terengganu sokong kenyataan Mufti Perlis

Tafakur: PAS Terengganu sokong kenyataan Mufti Perlis
Khairul Azlam Mohmad
Wed | Aug 13, 08 | 9:48:44 am MYT

KUALA NERUS, 13 Ogos (Hrkh) - PAS menyokong pendapat serta pandangan
Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin bahawa perbuatan bertafakur
di Tugu Peringatan Negara bercanggah dengan amalan Islam.

Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah
berkata perbuatan bertafakur dengan meletakkan kalungan bunga di Tugu
Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah bercanggah
dengan Islam sebenar.

Katanya, perbuatan tersebut menyerupai amalan di zaman jahiliah yang
wajar dihentikan kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah Islam.

"Kami (PAS) menyokong pendapat dan pandangan Mufti Perlis yang
mendakwa perbuatan pemimpin negara bertafakur, meletakkan bunga dan
tabik hormat di hadapan Tugu Peringatan Negara bercanggah dengan Islam
dan perlu dihentikan segera," ujarnya kepada Harakah baru-baru ini.

Menurut Ustaz Abu Bakar, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi sebagai ketua negara yang pernah mengetuai Negara-negara Islam
(OIC) tidak sepatutnya melakukan upacara tersebut.

Katanya, perbuatan serta amalan tersebut sama sekali bercanggah dan
bertentangan dengan ajaran Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

"Pendirian kita (PAS), perbuatan itu tidak kena dengan cara Islam dan
saya cadangkan supaya kerajaan segera menghentikan amalan yang
bercanggah dengan ajaran Islam," tegasnya.

Sebelum ini, Mufti Perlis telah membuat teguran terbuka mengenai
istiadat meletak kalungan bunga, tabik hormat serta bertafakur di
hadapan Tugu Peringatan Negara sempena Hari Pahlawan, pada 31 Julai lalu.

Katanya, Islam menentang sebarang unsur keberhalaan yang boleh
merosakkan pemikiran dan pegangan mengikut nas ajaran Islam yang
menjadi tunjang kehidupan ummah.

Menurutnya, pemimpin dan anggota masyarakat yang terlibat dengan
perbuatan tersebut hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT serta
kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan hadis. -
tmj/mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

Healthy Living

Learn to live life

to the fullest

on Yahoo! Groups.

.

__,_._,___

No comments: