Date:

[harakahdaily] PAS kutuk Israel pengganas dunia, 229 terbunuh di Gaza

PAS kutuk Israel pengganas dunia, 229 terbunuh di Gaza

Harakahdaily
Sun | Dec 28, 08 | 1:48:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - PAS hari ini mengutuk sekeras-kerasnya dan mengecam tindakan biadap Israel yang melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu melalui pesawat pejuang semalam, mengakibatkan kira-kira 229 terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera.

Iklan
 
 
   

Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar berkata sikap zalim itu membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas dunia yang sebenarnya dan bukan gerakan-gerakan Islam yang dilabel seumpamanya.

"Kita merasa sedih dan kecewa apabila penduduk Palestin terbunuh dan selama 60 tahun konflik Palestin, tidak ada banyak yang berubah malah lebih banyak yang terkorban.

"Ini satu kegagalan nyata dasar yang dilaksanakan oleh Bush dan Blair (Presiden Amerika dan bekas Perdana Menteri Britain) yang memberi keuntungan kepada Israel tetapi memusnah masa depan umat Islam dan penduduk Palestin malah negara-negara lain seperti Iraq dan Afganistan." tegas beliau ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

PAS katanya mahu Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bertindak segera malah bersatu mendepani 'musuh' utama yang perlu dihukum dan dilakukan tindakan drastik supaya nasib umat Islam, bukan Islam dan penduduk Palestin terbela dan mencapaikan kemerdekaan sewajarnya.

"Jangan OIC bersikap tunggu dan lihat sahaja. Jadikan ini sebagai kemuncak dan nokhtah bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan dan kita beri pengajaran kepada mereka," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.

Semalam,pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza.Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.

Mangsa yang terkorban termasuk di bandar Gaza, Khan Younis dan Rafah, lapor Al- Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.

Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.

Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu.

"Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain yang dipetik daripada agensi berita.

Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.

Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel. Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.

Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas. - azm _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Yahoo! Groups

w/ John McEnroe

Join the All-Bran

Day 10 Club.

.

__,_._,___

No comments: