Bismillahir Rahmanir Raheem
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat beserta salam ke atas junjungan mulia Saiyidina Muhammad saw, yang berasbabkan dia Allah mengutuskan cahaya ke atas kita. Juga buat ahli keluarganya, para sohabat, pengikut-pengikut sohabat serta para anbiyak sekaliannya. Sejahtera juga buat kita semua dan mereka yang beramal soleh. Semoga sentiasa berada di bawah payung rahmatNya hendaknya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Jikalah blog saya ini diibaratkan sebuah rumah, pastinya sekarang sedang sarat dengan sawang dan habuk. Apa tidaknya, sudah sekian lama saya tidak menjenguk di sini. Hanya baru sebentar tadi saya memasukinya. Alangkah terkejutnya saya bila melihat tarikh posting saya yang terakhir adalah 11 Oktober 2007. Bermakna sudah lebih setahun saya tidak membuat apa-apa posting ke blog saya ini.
Mengapa menyepi? Panjang ceritanya Anggaplah saja saya dalam tempoh `pertapaan'. Tetapi yang menariknya, dalam tempoh pertapaan tersebut, ada juga yang menghantar email mahupun sms bertanyakan khabar. Alhamdulillah Ramai juga yang mengambil berat tentang diri ini. Akan tetapi, dalam keadaan dan tekanan yang saya hadapi, banyak email yang tidak dapat saya berikan balasan.
Bukan saya ketandusan idea. Alhamdulillah, sepanjang `pertapaan' ini, mencurah-curah ilham yang Allah kurniakan.
Cuma Iman saya yang dalam keadaan tenat. Dan dalam keadaan sebegitu, saya melarang diri saya untuk menulis apa-apa artikel. Saya tidak mahu tulisan saya nanti akan menjadi asbab kepada salah faham atau sekurang-kurangnya, menjadi bahan debat yang tidak berfaedah, seperti mana pernah terjadi suatu ketika dulu. Jadi sebelum saya menulis apa-apa artikel, lebih baik saya berusaha menyembuhkan iman saya terlebih dahulu.
Tetapi saya tunggu punya tunggu punya tunggu, iman saya masih di takuk lama. Sembuh sekejap kemudian kembali layu. Ya Allah
Apa yang harus aku lakukan? Dalam bayan, selalu disentuh tentang pengislahan diri. Di mana kita bukan memperbetulkan diri
Jadi di awal Muharam, bersempena dengan sambutan Ma'al Hijrah ini, saya mengambil kesempatan untuk menghijrahkan diri saya. InsyaAllah saya mahu kembali aktif seperti dahulu. Terima kasih kepada teman-teman yang masih sudi menantikan posting dari saya. Dan sama seperti dahulu, saya bukan hendak mengajar. Sebaliknya setiap tulisan saya adalah sebagai teguran untuk diri saya sendiri. Dan kepada yang baru mengenali saya, salam perkenalan yang ikhlas saya hulurkan. Sesungguhnya diri ini lemah dan terdedah kepada banyak kesilapan. Mohon ditegur dan diperbetulkan atas sebarang kesalahan
Dan bercakap tentang hijrah, tidak dapat tidak saya akan teringat kepada suatu peristiwa yang berlaku ketika penghijrahan Muhammad saw dari Makkah ke Madinah lebih kurang 1430 tahun yang lampau. Kisah terjadi ketika Nabi saw bersama sohabat yang paling dikasihinya, Abu Bakr ash-Shiddiq ra dalam perjalanan menuju ke
Dek kerana keletihan, maka kedua mereka berehat di dalam sebuah gua. Dan di dalam gua tersebut, Baginda Rasulullah saw telah terlena di atas pangkuan (paha) Abu Bakr ra. Ditakdirkan, tiba-tiba datanglah seekor ular hendak mematuk Rasulullah saw. Maka Abu Bakr ra telah menahan patukan ular itu dengan tangannya. Bisanya patukan itu telah membuatkan Abu Bakr mengalirkan air mata.
Beliau tidak sedikitpun berganjak, mahupun mengerang kesakitan kerana enggan mengganggu tidurnya Rasulullah saw.
Saya cukup tertarik terhadap dua perkara sebagai pengajaran dari kisah ini. Pertamanya, bagaimana sayangnya Abu Bakr ra terhadap Nabi saw sehingga mengorbankan dirinya demi nyawa Rasulullah. Bukan setakat itu, Abu Bakr ra sedikitpun tidak mengerang kesakitan kerana bimbang, erangannya nanti akan mengejutkan Nabi saw yang sedang nyenyak tidur di pangkuannya. Manakala pengajaran yang kedua, betapa besar iman mereka terhadap kenabian Muhammad saw, mereka tetap enggan menyerahkan keselamatan Nabi saw bulat-bulat kepada Allah semata-mata.
Saya
Hari ini saudaraku sekalian, kita tidak perlu berhijrah seperti Baginda dan para sohabatnya. Kita juga tidak perlu berjihad mengangkat pedang, apatah lagi menahan patukan ular
Tetapi Baginda masih meninggalkan warisan. Al-Quran, sabdaan Baginda, hadits-hadits, sunnah-sunnah bahkan para ulama sendiri termasuk dalam warisan Baginda saw. Saya tanyakan diri saya sendiri sekali lagi, apakah yang telah saya lakukan untuk mempertahankan warisan-warisan Baginda saw ini? Jawapannya Entah. Rasanya tidak ada. Tiada apa yang saya lakukan dalam menegakkan apa yang Baginda saw tinggalkan.
Hari ini, sunnah-sunnah Baginda saw menjadi kutukan.
"Ya Allah! Aku tidak mampu melaksanakan hududMu kerana aku tinggal di negara yang berbilang kaum. Kaum kafir tidak bersetuju dengannya dan aku tidak memperoleh 2/3 kerusi parlimen untuk mengudah undang-undang ciptaan manusia!" Bolehkah begitu? SubhanAllah. Jika boleh begitu, alangkah leganya hati ini. Selepas itu bolehlah saya berdondang sayang berlenggok berjalan masuk ke syurga Allah Astaghfirullah
Tugasan kita terlalu kecil hari ini jika dibandingkan dengan yang dipertanggung jawabkan ke atas Nabi saw dan para sohabat. Tetapi dek kerana kecilnya tugas itu, maka kita sering mengkesampingkan ia. Dek kerana ringannya tanggung jawab itu, maka kita sering mengutamakan kepentingan dunia daripada kepentingan Allah swt. Akhirnya, kita tiada banyak beza dengan mereka yang mengkufuri Allah swt.
Puasa, solat, zakat dan haji tidak cukup untuk melayakkan kita ke syurga Allah. Ibadah kaum yang terdahulu dari kita, umat nabi-nabi yang lainnya, jauh lebih hebat dari kita. Mereka berzikir sehingga bercahaya gua dan lautan tanpa makan dan minum. Mereka hidup ribuan tahun dan banyak peluang untuk beribadah bendanding kita. Malah kita juga tidak berpeluang untuk berperang fisabilillah seperti para sohabat.
Inilah peluang yang Allah berikan kepada kita agar kita mampu seiringan dengan mereka. Menghidupkan sunnah dan menegakkan hukum Allah di dunia akhir zaman, yang mana Nabi Muhammad saw sendiri nyatakan terlalu banyak kekufuran dan kemunafiqan di zaman akhir ini. Maka mengapa kita sanggup melepaskan peluang sebegini? Bukankah inilah
Benar, agama Allah maka Allahlah yang menjaganya. Tetapi sebagaimana kisah Abu Bakr di dalam gua yang disebut di awal tadi, mengapakah kita tidak boleh bersikap demikian? Benar, Allah lebih mengetahui di dalam hati kita. Tetapi hati (pengakuan), lidah (lisan) dan tangan (perbuatan) berjalan seiringan dalam membuktikan keimanan. Maka sepatutnya, kita buktikan cinta kita kepadanya dengan menegakkan agama dan hukumNya. Bukan?
Sekian dahulu buat kali ini. Segala yang baik datangnya dari Allah, dan yang tidak baik adalah akibat kelalaian dan kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sila layari blog http://www.abunaqib
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe
__,_._,___
No comments:
Post a Comment