Date:

[harakahdaily] Complete adakan himpunan kecam Israel hari ini

Complete adakan himpunan kecam Israel hari ini

Ali Bukhari Amir
Fri | Jan 09, 09 | 1:44:39 am MYT

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Coalition of Malaysian NGOs Against The Persecution of Palestinians (Complete) akan mengadakan perhimpunan bagi mengecam keganasan Israel ke atas Muslimin di Gaza hari ini.

Iklan
 
 
   

Pegawai Eksekutif Komunikasi Korporat Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (Jim) Khadijah Azman berkata, perhimpunan tersebut akan bermula dari Kompleks Tabung Haji menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat selesai solat Jumaat.

"Kita adakan sesi taklimat sekitar jam 2 petang, kemudian kita akan hantar memorandum kepada Duta Amerika Syarikat, disusuli ucapan oleh pimpinan Complete," kata Khadijah dalam suatu kenyataannya kepada HarakahDaily di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, di Kuala Terengganu, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat selepas menunaikan solat Jumaat bagi mendoakan keamanan di bumi Palestin.

Abdullah berkata beliau telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumkan perkara tersebut kepada semua masjid di seluruh negara.

"Saya minta semua umat Islam di negara ini supaya sama-sama mengadakan solat hajat selepas sembahyang Jumaat. Kita doa kepada Allah s.w.t supaya bumi Palestin kembali aman," katanya, menurut laporan Bernama, ketika berucap selepas menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah bersama qariah Masjid Engku Long, Kuala Ibai kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan lain, ketika mengulas kaedah menghentikan serangan Israel ke atas Palestin, Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, hanya kuasa besar dunia mempunyai pengaruh untuk menghentikan keganasan Israel di Palestin.

Namun, tambah beliau, hakikat itu tidak menghalang Malaysia untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin.

Tambah Najib, keadaan itu juga tidak menghalang Malaysia daripada mendesak bagi campurtangan antarabangsa untuk menamatkan krisis di Timur Tengah itu.

Beliau berkata Malaysia juga akan terus menghimpunkan negara-negara Islam untuk mengutuk tindakan regim Zionis itu kerana isu itu bukan lagi merupakan isu Islam tetapi isu kemanusiaan.

"Pada hemat saya, kuasa-kuasa besar sahajalah yang boleh mendamaikan atau hentikan keganasan yang dilakukan oleh Israel (di Palestin). Selagi kuasa besar tidak menyekat Israel, selagi itulah mereka akan bermaharajalela.

"Apa pun kita mesti dapatkan bantuan kuasa-kuasa besar dan desak mereka untuk hentikan tindakan kejam Israel," kata Najib lagi.

Mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar ditubuhkan pasukan misi pengaman Persidangan Pertubuhan Islam (OIC), beliau berkata, pasukan itu tidak akan diiktiraf Israel.

"Mereka (pasukan misi pengaman OIC) tidak akan diiktiraf oleh Israel. Sekarang ini jangan cakap pasal OIC, pasukan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pun dia (Israel) tak setuju.

"Ini menunjukkan mereka sangat degil dan tunjukkan kerakusan kuasa dan keangkuhan yang dahsyat. Ini adalah kuasa yang kita hadapi," katanya, menurut laporan Bernama.

Mengenai gesaan memboikot produk Israel seperti yang disuarakan oleh ramai rakyat Malaysia, Najib berkata negara tidak mempunyai produk dari Israel kerana tidak menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Search Ads

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Yahoo! Groups

Going Green Zone

Find Green groups.

Find Green resources.

.

__,_._,___

No comments: