Date:

[harakahdaily] Parti politik perlu senada bantah kekejaman Yahudi - Husam

Parti politik perlu senada bantah kekejaman Yahudi - Husam

Salmah Mat Husain
Thu | Jan 08, 09 | 7:00:05 pm MYT

KOTA BHARU, 8 Jan (Hrkh) - Mengambil kira nasib malang dialami rakyat Palestin, kerajaan Kelantan mewujudkan Tabung Amanah Cakna Palestin yang bakal dilancar 24 Januari ini.

Iklan
 
 
   

Pelancarannya akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu tabung juga akan digerakkan di masjid, pusat-pusat pameran, kompleks membeli-belah, jabatan-jabatan kerajaan dan mendapatkan sumbangan syarikat swasta.

Manakala kempen derma RM1 untuk Palestin akan dilaksanakan membabitkan pelajar, sebagai usaha memupuk kesedaran kepada mereka terhadap kekejaman zionis Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Kerajaan negeri akan mengadakan pameran bergerak berhubung kekejaman Israel di beberapa pusat membeli belah antaranya di KB Mall, Tesco dan Mydin.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Dato' Husam Musa berkata, hasil kutipan yang bakal diterima akan disumbang terus kepada rakyat Palestin.

"Ini kerana serangan yang dilancarkan tentera Israel ke atas rakyat Palestin yang kini telah mengorbankan lebih 600 nyawa. Ia bukan lagi soal agama.

"Ianya merupakan isu sejagat, kemanusiaan yang menuntut sokongan seluruh umat dunia," ujarnya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berharap semua parti politik di negara ini mengenepikan perbezaan fahaman bagi menyatakan bantahan terhadap Israel.

Menurutnya, kerajaan negeri bersimpati terhadap nasib menimpa rakyat di negara itu khususnya anak-anak yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Beliau turut mempertikaikan dunia seolah-olah begitu sepi dalam mempertahan hak serta membela rakyat Palestin.

"Saya percaya sekiranya kaum keluarga Presiden Amerika sendiri yang terkena bedilan dan bom seperti di Palestin, mungkin dunia akan gamat dan mengutuk kekejaman itu," ujarnya.

Oleh itu katanya penduduk di seluruh dunia perlu bergabung antara satu sama lain mengutuk kekejaman tersebut kerana ia merupakan isu kemanusiaan.

Sementara itu, orang ramai yang berminat menyalurkan derma kepada rakyat Palestin boleh menyumbang kepada 'Tabung Amanah Cakna Palestin', Bank Islam Malaysia melalui akaun 03018010122939. - mj _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Group Charity

Give a laptop

Get a laptop: One

laptop per child

.

__,_._,___

No comments: