Date:

[harakahdaily] Kemenangan bakal ubah politik negara secara total - Mustafa Ali

Kemenangan bakal ubah politik negara secara total - Mustafa Ali

Harakahdaily
Thu | Jan 08, 09 | 12:17:44 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Hrkh) - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu adalah penting bagi kedua-dua pihak Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) dalam menentukan hala tuju pilihan raya umum (PRU) yang ke-13.

Iklan
 
 
   

Malah, sekiranya BN kalah yang paling terkesan adalah 'Perdana Menteri akan datang' Dato' Seri Najib Razak yang mengetuai kempen BN.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Timbalan Pengarah Jentera Induk PAS Dato' Mustafa Ali dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) di Gong Kapas dekat sini semalam.

Menurutnya, kebangkitan rakyat sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India ekoran daripada kelemahan kerajaan BN dan parti-parti komponennya yang sedang mengalami perpecahan dalaman.

Tambahnya, kemenangan Pakatan Rakyat akan memberi kekuatan baru kepada rakyat seluruhnya.

"Kemenangan Pakatan Rakyat akan mengubah senario politik negara secara total," katanya yang dipetik daripada Buletin Online.

Oleh yang demikian, beliau menyeru seluruh tenaga dan kekuatan Pakatan Rakyat mesti digembelengkan dengan sepenuhnya dan digunakan bagi memastikan calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut yang mewakili Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Justeru, semua petugas-petugas pilihan raya Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah ataupun pendekatan yang mesra pengundi bagi memastikan setiap undi akan memihak kepada Pakatan Rakyat.

Katanya, kekuatan Pakatan Rakyat masa kini sukar ditandingi oleh BN kerana perpaduan di kalangan pemimpin dan ahli pakatan rakyat begitu kukuh.

"Berbanding dengan komponen Barisan Nasional misalnya MCA di mana umumnya mengetahui di antara pemimpin nombor satu dan nombor dua MCA tidak bersefahaman.

"Bila Presiden MCA Ong Tee Kiat datang ke Terengganu untuk berkempen, Timbalan Presidennya, Chua Soi Lek tidak akan hadir, sebaliknya apabila Chua Soi Lek yang datang untuk berkempen di Kuala Terengganu, Ong Tee Kiat pula yang tidak datang," tegasnya memberitahu para hadirin pertemuannya secara kebetulan dengan Chua Soi Lek baru-baru.

Beliau menyeru semua petugas pilihan raya Pakatan Rakyat bekerja bersungguh-sungguh sehingga calon PAS mencapai kemenangan dan diisytiharkan sebagai ahli parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan. - azm/mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

.

__,_._,___

No comments: