Date:

[harakahdaily] PRK Kuala Terengganu:Harakahdaily cuba 'diceroboh'

PRK Kuala Terengganu:Harakahdaily cuba 'diceroboh'

Harakahdaily
Thu | Jan 08, 09 | 11:53:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Hrkh) - Laman web Harakahdaily.net menghadapi masalah teknikal akibat cubaan untuk mengodamnya pada tengah malam semalam sehingga menimbulkan kesulitan kepada pelayar internet dan pembaca laman web ini.

Iklan
 
 
   

Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Pengarang Kumpulan Harakah dan Harakahdaily, Ahmad Lutfi Othman yang turut menerima beberapa panggilan telefon dan SMS daripada dalam dan luar negara yang mengadu sukar untuk akses laman web tersebut.

"Kita tidak menolak kemungkinan Harakahdaily cuba digodam dan dicerobohi memandangkan ianya berkait rapat dengan laporan dan liputan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Sungguhpun demikian kita telah mengambil langkah-langkah awal dan persiapan rapi membendung perkara ini terjadi khususnya menjelang hari-hari terakhir kempen dan pengundian nanti," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah sebentar tadi.

Lutfi tidak menafikan ada usaha pihak tertentu untuk melemahkan sistem Harakahdaily dari masa ke semasa, namun pihaknya sedaya upaya akan memperbaiki dan melakukan yang terbaik dari sudut keselamatan dan kemampuan pelayar untuk mengakses atau melayari laman web ini.

Justeru, Ahmad Lutfi memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh semua peminat setia Harakahdaily.

"Semasa kempen ini, pihak-pihak tidak bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk meranapkan Harakahdaily dalam perang siber ini yang jelas banyak membantu memberi maklumat dan berita terkini tentang pilhan raya kecil ini."

Sebelum ini,emel Pengarang Berita Kanan Harakah,Haji Roslan Hamid yang dikenali sebagai lanH telah diceroboh dan menyebabkan emelnya disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Sebagai langkah keselamatan,beliau telah menamatkan penggunaan emel: lanh14@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya dan menukarkannya kepada Lanh14@harakah.net.my.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - azm/mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find exactly

what you want.

New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Yahoo! Groups

Dogs Owners Group

Join Do More For Dogs

pet community

.

__,_._,___

No comments: