Date:

[harakahdaily] Kuala Terengganu medan Najib 'lenyapkan' Abdullah?

Kuala Terengganu medan Najib 'lenyapkan' Abdullah?

Mat Zain Mat Isa
Thu | Jan 08, 09 | 9:36:39 am MYT

"Jumlah poster gambar Najib di Kuala Terengganu mengatasi gambar Presiden Umno Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi."

Iklan
 
 
   

Ini bukan pilihan raya pertama Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak menjadi pengarahnya. Beliau telah mengetuai banyak pilihan raya, termasuk pilihan raya umum dan kecil. Ada yang berjaya dimenangi BN dan ada juga yang parti itu kecundang.

Jika kejayaan pilihan raya diterajuinya mahu dijadikan ukuran prestasi Najib, maka ia bukanlah rekod seratus peratus buatnya. Banyak pihak membuat telahan awal bahawa rekod itu akan tambah tercalar apabila BN sekali lagi gagal mempertahankan kemenangannya di Kuala Terengganu, 17 Januari nanti.

Suatu perkara agak ketara ialah kemunculan begitu banyak poster gambar Najib di Kuala Terengganu. Jumlahnya dikatakan jauh mengatasi gambar Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tinjauan ke beberapa lokaliti seluruh kawasan pilihan raya mengesahkan perkara itu.

"Belum apa-apa lagi (belum pun mengambil alih jawatan Presiden Umno), Najib dah tunjuk kuasanya. Muka Pak Lah (gambar Abdullah) tenggelam terus!" kata seorang penduduk Kampung Panji Alam yang ditemui.

Apakah keadaan itu akan berterusan sepanjang kempen pilihan raya ini? Jika begitu, bolehkah dikatakan bahawa Kuala Terengganu bakal dijadikan medan untuk Najib 'melenyapkan' terus saki-baki pengaruh dan imej Abdullah? - azm/mks. _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Need traffic?

Drive customers

With search ads

on Yahoo!

Y! Messenger

Want a quick chat?

Chat over IM with

group members.

.

__,_._,___

No comments: