Date:

[harakahdaily] Rakyat silap pilih pimpinan Umno yang membisu

Rakyat silap pilih pimpinan Umno yang membisu

Hashim Abdullah
Wed | Jan 07, 09 | 3:16:04 pm MYT

KUALA KRAU, 7 Jan (Hrkh) - Kesilapan rakyat memilih pemimpin Umno sebagai wakil rakyat yang suka mengamalkan sikap membisu menjadi punca menyebabkan rakyat dihalang daripada berperanan dalam menjayakan sesuatu pembangunan yang dirancang kerajaan, kata Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim.

Iklan
 
 
   

Abdullah yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang berkata demikian bagi menjawab soalan peserta yang mempertikaikan mengapa wakil rakyat daripada Umno dan BN tidak memperjelaskan kepada rakyat tentang Draf Pembangunan Daerah Temerloh dalam sesi penerangan draf tersebut anjuran Badan Bersama Bertindak Pakatan Rakyat Temerloh Bersama Adun Kuala Semantan, di Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini, baru-baru ini.

Tambah Abdullah Pakatan Rakyat telah berusaha memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai sesuatu isu yang sepatutnya dijalankan wakil rakyat Umno yang telah dipilih rakyat tetapi tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya menyebabkan rakyat tidak mempunyai maklumat.

"Majlis penerangan sesuatu rancangan pembangunan sepatutnya dilaksanakan wakil rakyat Umno yang mempunyai banyak kemudahan tetapi mereka tidak berbuat apa-apa. "Kita terpaksa berperanan kerana tak mahu rakyat ketinggalan. Sepatutnya yang rakyat pilih dalam pilihan raya lalu dalam konteks di sini ialah Haji Suhaimi Said dan pemimpin Pakatan Rakyat bukan pemimpin Umno.

"Apa wakil rakyat Umno buat, perkara yang sepatutnya rakyat tahu tapi wakil rakyat Umno membisu. Ini bukan sahaja berlaku di sini tetapi disemua tempat yang kita buat penerangan. Sebab itu rakyat jangan pilih wakil rakyat Umno," kata Abdullah.

Tambah Abdullah, sikap membelangkangkan rakyat setiap kali sesuatu rancangan pembangunan adalah amalan biasa dalam pemerintahan Umno. Justeru, beliau mahukan rakyat peka dengan setiap isu yang berlaku.

"Rakyat kena peka dengan setiap isu pembangunan kerana ia sudah pasti memberi kesan kepada kehidupan rakyat," katanya. - mns _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

New business?

Get new customers.

List your web site

in Yahoo! Search.

Y! Messenger

All together now

Host a free online

conference on IM.

.

__,_._,___

No comments: