Date:

[harakahdaily] Tiada peruntukan Tahun Baru Cina, dana negeri kurang - Lim

Tiada peruntukan Tahun Baru Cina, dana negeri kurang - Lim

Mohd Sabri Said.
Thu | Jan 15, 09 | 10:14:37 am MYT

BAYAN BARU, 15 Januari (Hrkh)- "Saya bagi pihak Kerajaan Negeri memohon maaf pada semua masyarakat Cina di Pulau Pinang kerana tidak dapat mengeluarkan peruntukan kepada mana-mana aktiviti perayaan dan sumbangan sempena Tahun Baru Cina tahun ini," kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Iklan
 
 
   

Ujarnya, semua itu disebabkan kedudukan ekonomi global yang tidak menentu sehingga menjejaskan kewangan kerajaan sedia ada.

Tegas beliau lagi, walau bagaimana pun kerajaan sedia mempertimbangkan peruntukan jika ada permohonan membabitkan perayaan bersifat sosial serta boleh menjana kewangan dan mendatangkan kebaikan pada semua kaum.

Beliau yang mengadakan sidang media di Invest Penang semalam turut menjelaskan matlamat sebenar tindakanya untuk tidak memberi peruntukan kepada pertubuhan cina yang berada di bawah Dewan Perhimpunan Cina yang lazimnya mendapat peruntukan Kerajaan Negeri sebelum ini

"Kerajaan tidak dapat melayani kehendaki pertubuhan cina yang berada di bawah Dewan Perhimbpunan Cina untuk mengadakan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada 27 Januari ini ekoran kekurangan dana untuk memajukan negeri, " katanya.

Dewan Perhimpunan Cina lazimnya mendapat peruntukan RM15 ribu setiap tahun daripada Kerajaan Negeri untuk mengadakan Majlis Jamuan Tahun Baru Cina tetapi, tahun ini ia tidak dapat disalurkan terangnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Memang diakui sambungnya, di bawah Kerajaan Barisan Nasional (BN) memberikan segala peruntukan yang ada untuk mengadakan sambutan yang meriah dan gilang gemilang.

"Lagipun peruntukan itu tidak disebutkan dalam bajet Kerajaan Negeri 2009 yang baru lalu, " katanya. - azm _

__._,_.___
Subscribe: harakahdaily-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: harakahdaily-unsubscribe@yahoogroups.com
Digest message: harakahdaily-digest@yahoogroups.com
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or criminal.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it now

Everything you

need in one place.

Ads on Yahoo!

Learn more now.

Reach customers

searching for you.

Y! Messenger

PC-to-PC calls

Call your friends

worldwide - free!

.

__,_._,___

No comments: